Page Menu

Sebuah blog caca-marba yang hidup segak mati tak mau.
Blogger dia pun sekejap update sekejap jadi hantu.

Total Pageviews

Dibina oleh Ayuni Rafilah © 2014-2023 Hak Cipta Terpelihara
Dikuasakan oleh Blogger.

Terhibur Tengok Video Lil Lizat Ni

Banyaknya perkara tersangkut sejak bermulanya zaman pandemik ni. Hidup pun tersangkut, padanlah ramai mengambil keputusan untuk bunuh diri. Dunia pula makin bertambah gila. Marilah hiburkan hati ini dengan menonton video lawak berwatakkan cicak oleh lil lizat di YouTube sebelum kita pun breakdown dan menjadi betul-betul gila.

Tak ingat sejak bila mula mengikut video si lil lizat... budak ni memang ada bakat mencipta cerita animasi pendek yang menghiburkan hati. Lawak dia tak bodoh (okey, kadang-kadang agak bodoh juga) dan mampu mencuit hati penonton tak kira umur dan latarbelakang di sebalik lukisannya yang amat ringkas. Skrip dia gila-gila tetapi konten dia yang bersahaja mudah untuk penonton relate. Dari segi gaya bahasa dan pop culture yang dipaparkan, ada kemungkinan lil lizat ni berusia dalam lingkungan bawah 20 tahun.

Setakat ini lil lizat telah berjaya mengumpul 240,000 subscribers di YouTube. Mudah-mudahan lil lizat akan meraih Gold Play Button tidak lama lagi. 

Nak tengok video lain yang dihasilkan oleh lil lizat? Boleh pergi ke link di bawah ni: 

https://www.youtube.com/channel/UCauk7gKK5vlqxjMsfCVJX4A


2 ulasan: