Page Menu

Sebuah blog caca-marba yang hidup segak mati tak mau.
Blogger dia pun sekejap update sekejap jadi hantu.

Total Pageviews

Dibina oleh Ayuni Rafilah © 2014-2023 Hak Cipta Terpelihara
Dikuasakan oleh Blogger.

Burung Ini Comel Macam Patung


Geramnya tengok burung Korean Crow Tit ni... dahlah bulat, gebu pula tu! Rupa dia sebiji macam bebola kapas yang bersayap kecil. Tambahan lagi apabila saiz burung ini memang kenit dan muat dalam genggaman tangan.


Burung yang berasal dari Korea Selatan ini tergolong dalam kumpulan Aegithalos caudatus (Long-tailed Tit). Gambar-gambar burung ini yang pernah diambil memang menarik dan tak jemu dipandang. Oleh kerana kecomelannya, ramai orang beranggapan bahawa burung ini tidak wujud dan menyangka ia burung patung.


Lihat betapa comelnya dia nak terbang dengan sayapnya yang kecil tu! Waaaahhhh...


Tak dapat dinafikan bahawa burung kenit ini merupakan spesis burung yang paling comel di dunia.


Burung Korean Crow Tit juga disebut dalam lagu K-Pop berjudul 'Baepsae' nyanyian kumpulan BTS.

1 ulasan: