Dahlah emak yang warga emas kena berdiri di depan kedai lama sebab beratur menunggu giliran untuk masuk ke dalam kedai Habib Jewels KLCC yang sesak dan penuh dengan pelanggan, dia masih terpaksa berdiri di dalam kedai menghadap perangai staf Habib Jewels yang biadab.
Apabila muncul seorang staf wanita yang menjaga kaunter berlian kami hanya diarah supaya menuju ke tempat cincin berlian dipamerkan. Tanpa mempelawa kami untuk duduk, staf tersebut tanpa segan-silu terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi lalu dengan lagak kasar menyuruh kami memilih cincin berlian mana yang nak dibeli. Tak ada rekomendasi mahu pun pengenalan untuk mana-mana produk dalam kaca pameran pun, seolah-olah dia cuba menjual ikan di pasar.
Paling tergamam bila tengok dia selamba tarik kerusi untuk dirinya sendiri dan membiarkan saja emak yang dah tua berdiri menghadap dia di depan kaca pameran.
Rasa panas hati sambil menahan sabar melihat perangai kerek perempuan tu. Baru takat jadi kuli di kedai emas dah angkuh. Kami pergi ke kedai emas dalam Harrods di London dulu pun tak pernah jumpa orang putih yang jadi staf mempunyai perangai menyakitkan hati macam ni.
Masa emak bertanya nak pilih cincin yang mana, Ayuni dah memang hilang mood nak membeli sebab naik menyampah lalu jawab, "Tak apalah, rasa macam tak naklah."
Staf perempuan tu macam berpuas hati sangat tengok kami berdua segera beredar dari situ dan tak jadi membeli barang kemas daripadanya.
Akibat sakit hati sangat dengan layanan buruk staff Habib Jewels di KLCC tersebut, terus bila balik rumah Ayuni buka laptop dan beli tiga set aksesori berlian Habib Jewels melalui atas talian. Apa yang Ayuni suka tentang cara pembelian online ini ialah ia lagi mudah dan selesa sebab tak tension menghadap kekurang ajaran staf kaunter macam staf perempuan di KLCC tu. Lagi satu penghantaran agak laju, dan sijil pengesahan kualiti barang kemas yang diiktiraf oleh Habib Jewels pun dapat. Beg pun dapat sekali.
Puas hati dapat belikan emak koleksi barang kemas berlian untuk raya ni akhirnya.
untuk raya ke ni? mmg banyak pekerja mcm tu, mcm kedai dia pulek
ReplyDelete