Page Menu

Sebuah blog caca-marba yang hidup segak mati tak mau.
Blogger dia pun sekejap update sekejap jadi hantu.

Total Pageviews

Dibina oleh Ayuni Rafilah © 2014-2023 Hak Cipta Terpelihara
Dikuasakan oleh Blogger.

LRT Berlanggar Di Kg Baru, Lebih 200 Orang Cedera

Terkejut apabila mendapat tahu berita tentang dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) terbabit dalam kemalangan berhampiran stesen Kampung Baru malam tadi.

Rasa seram juga sebab pernah ada satu masa tu Ayuni rasa tak sedap hati menaiki LRT dari KLCC kerana apabila tren melalui terowong Kg Baru, tiba-tiba tren bergerak sangat laju hingga ramai penumpang terhuyung-hayang termasuk yang tengah duduk dan terdengar bunyi geseran besi rel yang memeritkan telinga (jarang berlaku sebelum itu). Tren kemudian brek secara mengejut. Terus Ayuni menyuruh mak yang keluar bersama Ayuni hari tu untuk turun di stesen lain sebelum stesen destinasi sebab merasakan ada benda tak baik boleh berlaku.

Malam tadi terjadi satu peristiwa yang menggemparkan di Kuala Lumpur. Sebuah tren LRT yang bergerak dari Gombak berlanggar dengan sebuah lagi tren dari arah Kelana Jaya hingga menyebabkan 213 orang penumpang cedera. Kedua-dua tren dilaporkan bertembung kira-kira jam 8.45 malam di antara stesen Kampung Baru dan KLCC. Tak dapat bayangkan perasaan ngeri yang dilalui oleh para mangsa semasa berada dalam tren tu...

Ini bukan kali pertama LRT pernah mengalami kemalangan. Pada tahun 2008 dulu sebuah tren LRT pernah melanggar belakang tren lain dan 300 orang penumpang terperangkap dalam kedua-dua tren ketika itu.

Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya dijangka pulih sepenuhnya dalam tempoh tiga hari, selepas semua kerja-kerja pembersihan dan pemulihan selesai.

2 ulasan:

  1. Kawan PC cakap dia smakin tak berani nak naik LRT sebab sebelum -sebelum ni dia dah beberapa kali juga terperangkap dalam LRT.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kita... sejak dah ada Grab dah lama tak naik LRT dari KLCC ke Pusat Bandar

      Padam