Page Menu

Sebuah blog caca-marba yang hidup segak mati tak mau.
Blogger dia pun sekejap update sekejap jadi hantu.

Total Pageviews

Dibina oleh Ayuni Rafilah © 2014-2023 Hak Cipta Terpelihara
Dikuasakan oleh Blogger.

FILEM | Lal Patthar (1971)


Sekumpulan pelancong bertemu dengan seorang lelaki tua di sebuah makam. Lelaki tua tu pun menceritakan kepada mereka kisah tragedi yang menimpa seorang lelaki bangsawan bernama Raja Kumar Bahadur.

Raja Kumar Bahadur terjumpa seorang perempuan kampung bernama Saudamani semasa dia keluar memburu harimau. Saudamani diselamatkan oleh Raja dari diculik sekumpulan penjahat. Raja terpikat dengan kecantikan Saudamani, tetapi dia segera menghantar Saudamani semula ke kampung halamannya sebaik saja dia mendapati Saudamani ialah isteri orang.

Malangnya Saudamani diseksa oleh  ibu mertua dan abang iparnya yang menyalahkan Saudamani atas kematian mendiang suaminya. Rupa-rupanya suami Saudamani dah mati dibunuh oleh penjahat yang menculiknya tadi. Bila mendapat tahu tentang perangai ibu mertua dan abang ipar Saudamani, Raja membawa Saudamani balik ke istananya sebagai perempuan simpanan dan menukarkan namanya kepada Madhuri. 

Kenapa sebagai perempuan simpanan? Sebab Raja enggan mengahwini Madhuri dengan alasan Madhuri tidak sekufu dengannya. Tapi ambil sebagai perempuan simpanan tak haram pula.

Sepanjang 10 tahun mereka hidup bersama, Raja menjadi kecewa kerana Madhuri masih tak boleh hilang sifat kekampungannya walaupun dah berkahwin dengan kerabat raja. Dahlah tu, Madhuri juga bengap sukar diajar walaupun hari-hari Raja melatih dia baca huruf ABC serta mengupah ramai guru terbaik untuk mendidik Madhuri agar dia menjadi ketua penjaga rumahnya.

Alif... ya... mim... buaya

Pada suatu hari Raja berasa tertekan apabila menyedari adik perempuan salah seorang tetamunya dah menjadi dewasa. Raja menjadi lebih sakit jiwa apabila terjumpa uban pada rambutnya dalam cermin. Dalam keadaan kalut sambil bercakap dengan tetamunya, Raja tiba-tiba segera keluar menunggang kuda ke jalan raya untuk mencari ketenangan. Ini membuatkan tetamu Raja yang masih berada dalam ruang tamu ternganga kerana ditinggalkan oleh tuan rumah begitu sahaja.

Tidak lama kemudian Raja terjatuh dari kuda yang ditunggangnya (padan muka), dan masa tengah jatuh tu dia sempat terdengar alunan suara merdu seorang gadis misteri dari jauh. Raja pun berjalan seorang diri hingga tiba ke suatu majlis di sebuah kampung demi mencari tuan punya suara tersebut.

Raja kemudian menemui sepasang suami isteri warga emas yang memiliki hutang keliling pinggang. Mereka juga memiliki seorang anak perempuan yang berpendidikan serta berbakat tinggi bernama Sumita. Raja tolong melangsaikan hutang pasangan suami isteri tersebut dengan syarat mereka menyerahkan Sumita kepadanya untuk diperisterikan.

Alahai, sedihnya kena kahwin dengan lelaki tua yang kaya

Sedihlah si Sumita sebab dia sebenarnya dah ada teman lelaki bernama Shekar. Tapi terpaksa kahwin juga dengan Raja yang dah tua sebab dia kaya. Madhuri menjadi cemburu apabila mendapat tahu Raja telah membawa balik madu yang bertaraf isteri sah, walhal dia yang lebih lama menemani Raja walaupun tanpa majlis persandingan yang gah. Madhuri mula memerli Raja tentang jurang usia antara Raja dan Sumita dan mereka kerap bergaduh semenjak itu. Menyedari Sumita pernah mempunyai teman lelaki, Madhuri cuba memfitnah Sumita dengan kerap memanggil Shekar ke rumah agar Raja menyangka Sumita masih mempunyai hubungan dengan Shekar. 

Jangan main-main, isteri tua ada bela harimau tau

Akibat cemburu, Raja mengajak Shekar keluar memburu bersama namun dia menyimpan niat jahat terhadap Shekar. Malangnya Shekar tertembak Sumita hingga mati kerana menyangka dia hantu. Raja menjadi amat terkejut dan sedih hingga cuba membunuh dirinya sendiri, tetapi entah macam mana tanpa penjelasan lojik boleh pula dia terbunuh si Shekar secara tak sengaja.

Akhirnya Raja menjadi gila dan sepanjang hayatnya dia dijaga oleh Madhuri yang terpaksa makan hati melihat keadaan Raja sehingga mereka sama-sama menjadi tua. Rupa-rupanya lelaki tua yang sedang bercerita kepada kumpulan pelancong tadi ialah Raja Kumar Bahadur sendiri.

Moral cerita ini ialah kalau tak reti langsung jaga hati perempuan tak usahlah bermimpi nak bermadu. Silap haribulan boleh jadi gila.

Tiada ulasan