BERITA

Senarai Kumpulan Penerima Vaksin COVID-19 Di Malaysia Tahun 2021

Susulan makluman daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa terdapat 11 calon vaksin Covid-19 yang berada pada peringkat ujian klinikal fasa 3 setakat 13 November lalu, beberapa rundingan dengan pengeluar vaksin Covid-19 kini sudah berada pada fasa akhir dan pengumuman rasmi akan dilakukan kerajaan apabila perjanjian dimeterai tidak lama lagi. 

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan sudah berkomunikasi dengan 10 pengeluar vaksin Covid-19 membabitkan lapan pengeluar yang dihubungi secara terus, manakala dua lagi pengeluar dihubungi melalui Fasiliti Akses Global Vaksin Covid-19 (Covax).

Khairy berkata, menerusi penyertaan dalam Covax, Malaysia akan mendapat akses bekalan vaksin Covid-19 sebanyak 10 peratus daripada populasi negara.

"Kerajaan sedang berusaha mendapatkan 60 peratus lagi untuk mencukupkan sasaran imunisasi kebangsaan bagi tujuan imuniti kelompok hingga 70 peratus jumlah populasi negara. Kerajaan juga sedang berusaha mendapatkan akses vaksin seawal suku pertama atau suku kedua tahun depan bergantung pada kelulusan daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA)," katanya.

Menurutnya, NPRA akan memastikan sesuatu vaksin melepasi syarat ketat ditetapkan merangkumi soal keselamatan dan keberkesanan menerusi data ujian klinikal yang sudah dijalankan. Hanya selepas melalui proses itu, sesuatu vaksin akan diluluskan dan keputusan untuk tempahan akan dibuat.

Mengenai senarai keutamaan imunisasi, Jawatankuasa Khas Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) yang ditubuhkan pada 14 Oktober lalu bersetuju membahagikan kepada tiga fasa keutamaan iaitu (1) kumpulan barisan hadapan iaitu kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) dan agensi bukan KKM seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan lain-lain; (2) kedua ialah untuk kumpulan berisiko tinggi seperti individu yang mempunyai co-mobid dan warga emas serta (3) kumpulan ketiga membabitkan populasi dewasa yang lain.

Perincian lanjut kumpulan-kumpulan itu sedang dibuat dan dijangka diumumkan seawal suku pertama tahun depan.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

1 Komen:

PeRdU cINta berkata...

Moga lancar dan dipermudahkanlah.Aamiin.

Dikuasakan oleh Blogger.