BERITA

PKPB Seluruh Semenanjung Kecuali Perlis, Pahang, Kelantan

Perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di seluruh negeri di Semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan untuk tempoh 4 minggu bermula 9 November hingga 6 Disember ini. 

Keputusan ini dibuat selepas mendapat penilaian risiko daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) susulan peningkatan ketara kes Covid-19. Pelaksanaan PKPB ini bagi membolehkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar dan mengurangkan pergerakan dalam kalangan komuniti selain mengekang penularan Covid-19.

Pergerakan keluar masuk atau merentas daerah dan negeri tidak dibenarkan kecuali bagi kes kecemasan dan perlu mendapat kebenaran polis. Bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran majikan. Hanya dua orang sahaja dari rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan.

Individu berisiko tinggi dan kanak-kanak tidak digalakkan keluar ke kawasan awam, terbuka dan sesak. Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, serta pusat tahfiz ditutup.

Bagi Perlis, Pahang dan Kelantan yang kini bawah perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP), pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan, namun pergerakan rentas daerah dalam ketiga-tiga negeri dibenarkan seperti biasa.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

0 Komen:

Dikuasakan oleh Blogger.