PELIK

Penganut Jainisme Telah Memakai Pelitup Muka Sejak Ribuan Tahun Dulu...

Semasa penulis mencari bahan untuk ditulis bagi entri Asal-Usul Perayaan Deepavali terjumpa pula gambar di bawah yang memaparkan seorang penganut setia agama Jain mengenakan topeng pelitup muka. Apabila diselidik latarbelakang gambar ini, penulis terkejut apabila mengetahui rupa-rupanya topeng pelitup muka telah lama dipakai oleh penganut Jain sejak 2500 tahun dahulu.

Di zaman pandemik Covid-19 pada kurun ke-21 ini manusia di seluruh dunia dianjurkan agar memakai topeng pelitup muka bagi menghalang virus memasuki badan manusia sebagai cara untuk melindungi diri. Kaedah menutup muka untuk tujuan kawalan kesihatan ini bukan baru, malah amalan ini pernah dipraktikkan oleh Eropah di zaman pandemik Spanish Flu pada tahun 1918.

Namun, bagi penganut Jain tujuan mereka memakai topeng pelitup muka adalah berbeza. Oleh kerana ajaran mereka mengetengahkan anti-kekerasan dan elakkan pembunuhan sesama makhluk, penganut Jain memakai topeng pelitup muka (yang mereka gelar sebagai muhapatti) untuk melindungi miikroorganisma seperti bakteria, virus dan serangga kecil daripada memasuki badan manusia. Penganut Jain percaya bahawa sekiranya mereka tertelan mikroorganisma tersebut, ia akan mati dan mereka akan dianggap berdosa kerana telah membunuh mikroorganisma itu.

Oleh itu, niat memakai topeng pelitup muka dalam Jainisme bukan disebabkan takut kuman akan membunuh manusia ,sebaliknya bimbang manusia akan membunuh kuman!

Muhapatti juga dipakai oleh penganut Jain sebagai cara untuk menghindari air liur terkena pada kitab-kitab atau peralatan suci. Muhapatti dilihat sebagai simbol "samyama", iaitu perbuatan mengawal kata-kata lisan.

Satu lagi perbezaan antara pemakaian topeng pelitup muka Jain dan norma baru sekarang ialah orang-orang Jain hanya menutup bahagian mulut dan bukan hidung.

Dianggarkan kira-kira terdapat 4 juta orang penganut Jain di seluruh dunia pada zaman sekarang.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

1 Komen:

Diana Rashid berkata...

Baru tau ada penganut agama yang pakai macam ni.Tapi tu la, tutup mulut je. Padahal mulut kan boleh di tutup. Yang patut di tutup tu , hidung nya sebab hidung terbuka.

Tak pe la kita hormat amalan agama masing2.

Dikuasakan oleh Blogger.