PELIK

Misteri Bunyi Ketukan Di Angkasa


Bayangkan sekiranya anda berseorangan di dalam kapal angkasa buat kali pertama dalam sejarah hidup anda... dan tengah berada di ruang angkasa, tiba-tiba terdengar bunyi ketukan misteri yang entah muncul dari mana. Bagaimana perasaan anda agaknya?

Inilah apa yang berlaku kepada Yang Liwei, angkasawan pertama dari China. Pada tahun 2003 Liwei sedang membuat pusingan orbit selama 21 jam mengelilingi Bumi apabila dia tiba-tiba terdengar bunyi ketukan misteri yang tidak dapat dikenalpasti puncanya dari mana. 

Liwei memeriksa sekeliling kapal angkasa yang hanya dikendali olehnya seorang diri namun tidak menemui apa-apa kerosakan atau gangguan pada kapal angkasa. Ketukan misteri tersebut muncul berulang kali sehingga Liwei mendarat di Bumi.

Yang Liwei, angkasawan pertama China

Kisah pengalaman Liwei di angkasa menjadi tular pada tahun 2016 apabila dia menceritakan semula tentang bunyi ketukan misteri yang didengarinya. "Bunyinya seperti timba besi diketuk dengan tukul kayu," jelas Liwei.

Pelbagai teori dikemukakan bagi menjelaskan fenomena yang dihadapi oleh Liwei, namun tiada satu pun berjaya dibuktikan. Sehinggalah beberapa tahun kemudian selepas seorang pengkaji aeroangkasa bernama Liu Hong menulis sebuah artikel tentang kebarangkalian bunyi ketukan muncul akibat perubahan tekanan dalam kapal angkasa.

Liu Hong merupakan ketua saintis bagi projek Lunar Palace 1, sebuah makmal yang mengkaji teknologi menampung kehidupan berteraskan sistem bio-penjanaan semula untuk kelangsungan hidup di Bulan. Ketika menjalankan sebuah eksperimen selama 105 hari, pasukan saintis yang terlibat mendapati ada bunyi ketukan pada kapsul angkasa ujian mereka. Mereka memantau ke luar kapsul namun tidak menemui sesiapa.

Akhirnya setelah memeriksa semula mereka mendapati bahawa perubahan suhu pada kapsul angkasa menyebabkan tekanan luaran kapsul yang berbeza dengan tekanan di dalam menghasilkan bunyi ketukan.

Liu Hong, saintis wanita yang berjaya merungkai misteri bunyi ketukan di angkasa

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

1 Komen:

Mas FVOME said...

mujur dapat dirungkaikan dgn sains kalo tak org ckp jin dh tuu

Powered by Blogger.