PERSONAL

Lazada Atau Shopee? Wishlist Untuk Sale 11.11 (Singles Day)

Hari ni sale 11.11 (atau nama lainnya Singles Day) kembali lagi! Walaupun sekarang musim PKPB namun aktiviti membeli-belah tetap berlangsung dengan meriah di alam maya kerana makin ramai orang menggunakan platform atas talian untuk membeli barang daripada mengunjungi kompleks membeli-belah. Selain daripada batasan pergerakan untuk mengunjungi kompleks membeli-belah kerana terpaksa mematuhi SOP seperti memakai pelitup muka, mengimbas kod QR MySejahtera serta memastikan penjarakan diri, ramai yang gemar membeli-belah secara online di platform seperti Lazada dan Shopee kerana lebih mudah, pantas dan menjimatkan masa.

Apa yang nak dibeli sempena Sale 11.11 tahun ni? Platform mana yang nak disinggah untuk mendapatkan barang-barang diingini pada harga yang murah? Pada masa ini sudah tentu ramai penjual berlumba-lumba mempromosikan barangan mereka pada harga yang menarik!

Penulis membuat senarai wishlist untuk barangan yang ingin dibeli pada hari ini dan tengoklah kalau-kalau boleh dapat kesemuanya pada harga yang berbaloi sempena sale 11.11...

1. Tilam Kekabu

Tilam kekabu untuk dibuat baring-baring depan ruang tamu sambil menonton tv atau bermain PS5 di hari yang santai. Nampak empuk betul, kan?

2. Eyebrow gel untuk kening

Ini bukan maskara, ini eyebrow gel. Gunanya untuk mengemaskan kening. Penulis mempunyai kening yang perlu dicantikkan kerana sejak zaman PKP perhatian semua orang akan bertumpu pada bahagian mata sahaja. Duit lipstik dah berjaya dijimat selama setahun kerana sepanjang tahun ini penulis langsung tak memakai lipstik. Bolehlah guna duit tu untuk beli eyebrow gel.
3. Vitamin kucing

Nak beli vitamin ni sebagai supplement untuk anak-anak bulus di rumah agar semuanya dapat menjadi gemuk dengan jayanya. Tapi terfikir juga, kalau jadi gemuk apa faedahnya... bukan boleh dimakan pun kucing-kucing tu. Pada saat ini penulis terfikir mungkin lebih baik menternak kambing atau ayam. Kambing perap pun sedap...

4. Safina Ottoman Storage Box

Sebenarnya penulis dah order satu di platform online tetapi penjual dia kata tak ada stok warna merah. Dia kata stok masuk dalam sebulan lagi. Jadi sekarang penulis tengah nantikan Safina Ottoman Storage Box berwarna merah supaya boleh sorok PS5 bila saudara-mara datang ke rumah nanti.

Apa pula wishlist anda sempena sale 11.11 ini?

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

0 Komen:

Dikuasakan oleh Blogger.