VIRAL

#SiswaJagaSiswa Bantu Pelajar IPT Terkandas

#siswajagasiswa

Peningkatan kes pandemik COVID-19 sejak kebelakangan ini amat merisaukan semua pihak sekali gus mengundang pelbagai reaksi. Ketika rakyat baru sahaja bangkit daripada kesan awal pandemik enam bulan lalu, kini mereka dihambat kembali duka yang hampir sama.

Antara yang terkesan ialah kalangan penuntut institusi pendidikan tinggi (IPT) yang terkandas di pusat pengajian masing-masing. Ia ekoran arahan penangguhan pendaftaran secara fizikal bagi pelajar baharu dan lama untuk kemasukan ke kampus bulan ini.

Paling sedih ada di antara siswa tempatan yang mengaku didera di rumah secara fizikal dan juga mental, membuatkan mereka tertekan dan sukar fokus untuk mengikuti pembelajaran dari rumah. Oleh itu, ramai yang meluahkan keinginan untuk pulang ke institut pembelajaran masing-masing sebagai salah satu langkah untuk menyelamatkan diri daripada tekanan di rumah.




Laman media sosial Twitter dibanjiri tawaran bantuan daripada anggota masyarakat serta kalangan siswa, antaranya tempat tinggal sementara, makanan dan tidak kurang juga wang ringgit. Melalui hashtag #SiswaJagaSiswa yang ditularkan sejak Selasa lalu, keluhan para pelajar IPT dan ahli keluarga mula mendapat perhatian Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), orang ramai serta media massa.


Hahtag itu digunakan bagi membantu penuntut terkandas itu sejak semalam dan meraih lebih 35,000 tweet setakat ini diikuti hashtag #RakyatJagaRakyat dan #TolongBantu. Lebih separuh daripada tweet yang menggunakan hashtag #SiswaJagaSiswa adalah pemilik akaun bermurah hati menghulurkan bantuan kepada penuntut terkandas. Antara bentuk bantuan yang disiarkan termasuk bantuan kewangan pribadi, pembelian tiket penerbangan dan bas, penghantaran ke stesen bas serta kediaman sementara.


Manakala pihak universiti IPT menafikan kenyataan bahawa mereka menghalau pelajar balik setelah tiba di kampus kerana menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad, pelajar yang sudah tiba boleh terus kekal di kampus.



Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

1 Komen:

Diana Rashid said...

kesian budak2..Persediaan diaorang bukan setakat mental fizikal tapi jugak kewangan diaorang.Bukan sikit yang dikeluarkan..

KOMEN TERBARU

Powered by Blogger.