INFO

Ramai Yang Tak Kenal Pokok Ni Rupanya...


Pernah ada satu zaman sepanjang era 90-an semua orang tergila-gila mencari pokok jarum mas, kononnya siapa jual akan jadi jutawan. Penulis pun cari punya cari, terjumpa pokok berambut emas mirip rambut Donald Trump ni di kawasan Orang Asli di sekitar Gombak dan bawa balik ke rumah, hasrat nak jual. Rupa-rupanya tersalah pokok.

Apabila penulis berkongsi kisah ini bersama rakan-rakan di Facebook, ramai yang mengatakan mereka tidak kenal pokok ini malah tidak pernah melihatnya.

Pokok misteri ini menjadi tanda tanya kepada rakan-rakan di media sosial

Sebenarnya ini ialah pokok ayam emas, kadangkala ia diberi nama pokok rambut singa kerana mempunyai bulu berwarna keemasan seperti rambut di kepala singa. Pokok ini tidak berapa dikenali kerana ia hanya didapati di kawasan pedalaman di China dan Semenanjung Malaysia. Namun terdapat rekod penulisan di dunia Barat pada tahun 1887 tentang kewujudan pokok ayam emas ini yang telah ditokok-tambah dengan kisah dongeng, di mana orang Barat menyangka pokok ini melahirkan kambing (sila Google Vegetable Lamb of Tartary).

Lakaran Vegetable Lamb of Tartary mengikut imaginasi orang Barat

Arca Vegetable Lamb of Tartary yang kononnya merupakan bangkai kambing ajaib telah diawet yang lahir dari pokok dan bercantum pada tanah di Asia. Satu benua Eropah kena tipu.

Pokok ayam emas ni sejenis pokok paku pakis tergolong dalam spesis Dicksoniaceae. Pokok ini boleh dikategori sebagai herba untuk perubatan kerana ia mengandungi khasiat tertentu dalam rawatan tradisional.

Bulu pokok ini boleh digunakan untuk menghentikan pendarahan dengan meletakkan serpihan bulunya pada bahagian luka. Selain itu, pokok ni juga dapat merawat sakit gigi. Caranya ialah dengan mengumpal sedikit bulu pokok ini dan ditampal pada lubang gigi yang sakit tersebut.

Menurut Orang Asli di sekitar Pahang, ubi pokok ayam emas ni juga dapat merawat penyakit resdung, darah tinggi, kencing manis, orang kena santau, wanita lepas bersalin (selepas 40 hari), angin dalam badan, sakit urat, tambah tenaga batin, dan menambah selera makan. 

Caranya ialah dengan memotong beberapa keping ubi ayam emas tersebut kemudian direbus lalu diminum setengah cawan air rebusan tersebut. Dikatakan penggunaan pokok ayam emas yang meluas di kalangan masyarakat Orang Asli menyebabkan mereka bebas dari gejala penyakit berjangkit seperti Malaria, Denggi dan Chikungunya. 

Setakat ini penulis tak pasti sekiranya pokok ayam emas ini juga mujarab bagi mengawal penyakit berjangkit Covid-19.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

1 Komen:

Diana Rashid berkata...

Geli pulak rasa nak pegang.. Hahah.. Seram betul nampak pokok ni.

Dikuasakan oleh Blogger.