INFO

Kenapa Pendaftaran IPT Ditangguh?

IPT Tangguh Pendaftaran

Sejajar dengan dasar kerajaan memberi autonomi kepada pengurusan institut pengajian tinggi (IPT), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mencadangkan pendaftaran pelajar baharu dan lama di semua IPT ditangguhkan serta merta. Cadangan dibuat susulan peningkatan mendadak kes Covid-19 sejak beberapa hari lalu.

Pengumuman di saat akhir ini menimbulkan tanda tanya kepada orang ramai kerana ia bertentangan dengan keputusan KPT yang diumumkan pada 24 September lalu bahawa Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad, tidak bercadang menangguhkan pendaftaran kemasukan pelajar ke universiti atau kolej di seluruh negara kerana pihaknya sudah mengarahkan semua universiti mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan bagi proses kemasukan itu. 

Namun begitu, ketika ditanya pemberita sama ada kemungkinan kemasukan pelajar ke IPT akan ditangguhkan berikutan peningkatan COVId-19 terutama di Sabah, menteri tersebut telah mengatakan bahawa sekiranya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan arahan untuk menunda pendaftaran kemasukan pelajar, KPT akan mengikut arahan itu.

Terbaru, urusan pendaftaran pelajar secara fizikal ditangguhkan namun masih boleh dilaksanakan secara dalam talian. KPT juga telah mencadangkan agar semua program atau aktiviti yang melibatkan himpunan di dalam kampus ditangguhkan.


Melalui laman Buletin TTKM (https://ttkm.com.my), Datuk Dr Noraini Ahmad memohon maaf kepada para pelajar serta ibu bapa di atas segala kesulitan yang mereka hadapi berikutan keputusan tersebut.

"Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada para pelajar yang saya kasihi.

Sejajar dengan dasar kerajaan memberi autonomi kepada pengurusan IPT, Kementerian Pengajian Tinggi mencadangkan pendaftaran pelajar baharu dan lama di semua IPT ditangguhkan serta merta. Cadangan dibuat susulan peningkatan mendadak kes Covid-19 sejak beberapa hari lalu.

Peningkatan kes berkenaan adalah di luar jangka. Kementerian telah berbincang terlebih dahulu dengan semua pihak pengurusan IPT termasuklah Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai agensi utama dalam pengurusan hal ehwal penularan pandemik.

Saya mengambil maklum rintihan dan keluhan pelajar serta ahli keluarga mereka susulan keputusan pihak IPT menangguhkan pendaftaran fizikal. Saya berharap pihak IPT dapat bersikap wajar, bertimbang rasa dan munasabah dalam menguruskan segala hal yang berbangkit berhubung penangguhan ini.

Kepada pelajar yang sudah tiba, boleh terus kekal di kampus dan nantikan arahan seterusnya oleh pihak Universiti. Kepada pelajar yang masih lagi di kediaman atau kampung halaman masing-masing, saya mohon untuk tangguhkan dulu seketika pergerakan untuk pulang ke Universiti.

Akhir sekali, saya ingin memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan berharap kita dapat bersama-sama membendung penularan wabak Covid19 ini." - Dr Noraini Ahmad.

Semalam berita penangguhan proses pendaftaran penuntut universiti awam pada saat akhir mencetuskan kemarahan dan kekecewaan di kalangan penuntut serta ahli keluarga. Keputusan saat akhir itu menyebabkan ramai pelajar yang sudah membeli tiket penerbangan, rumah sewa dan kos perjalanan dari kampung ke universiti dibazirkan begitu saja. Ada yang terkandas di tengah perjalanan ke kampus masing-masing.



Manakala itu, ramai pihak yang bersimpati ke atas nasib pelajar dan ibu bapa pelajar yang terjejas akibat penangguhan kemasukan itu segera menawarkan bantuan dalam bentuk kewangan, penginapan serta pengangkutan.

Antara mereka yang ingin membantu termasuk Bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik yang melancarkan tabung Pertubuhan Rejuvensi Pendidikan dan mengalu-alukan orang ramai untuk menyumbangkan dana bagi menampung duit tambang pengangkutan serta penginapan hotel pelajar dan ibu bapa yang telah hangus.


Mana-mana pihak yang ingin menyumbang boleh menyalurkan bantuan melalui Pertubuhan Rejuvenasi Pendidikan melalui akaun Maybank (564717527213). Bagi anak siswa yang mahu memohon sebarang bantuan boleh mengisi borang di bawah pihak Pertubuhan Rejuvenasi Pendidikan.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

0 Komen:

KOMEN TERBARU

Powered by Blogger.