BERITA

Budak 9 Tahun Mati Ketika Cuba Menyelamatkan Ibu Dari Perogol

Kasih sayang seorang anak terhadap ibu tiada batasan, malah dibawa hingga ke akhir hayat.

Baru-baru ini seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun mati dibunuh ketika cuba menyelamatkan ibunya dari dirogol oleh seorang penceroboh tidak dikenali.

Suspek dipercayai telah menceroboh masuk sebuah rumah di Langga, Acheh pada 10 Oktober dengan niat ingin merogol ibu kanak-kanak tersebut yang sedang tidur dalam biliknya. Mangsa pula tidur di bilik sebelah pada waktu itu. 

Mangsa dan ibunya tinggal di sebuah rumah dalam ladang terpencil dan jauh daripada kawasan pekan. Bapa mangsa tiada di rumah kerana telah keluar untuk menangkap ikan. Justeru itu tiada siapa berada di kawasan berdekatan untuk membantu mangsa dan ibu mangsa.

Suspek bertindak mengugut ibu mangsa dengan sebilah parang lalu mengelar tangan ibu mangsa apabila dia melawan. 

Mangsa yang dikejutkan oleh bunyi pergelutan dari bilik sebelah segera meluru ke arah ibunya untuk melindunginya, namun dia kemudiannya mati ditikam dan dikelar oleh suspek. Suspek segera melarikan diri dari tempat kejadian dengan membawa mayat mangsa bersamanya.

Suspek akhirnya diburu dan ditahan oleh pihak polis setelah tempat persembunyiannya ditemui berdekatan sebuah padang bola. Mayat mangsa juga ditemui dalam keadaan amat menyayat hati di sebatang sungai berhampiran. Tubuh mangsa dipenuhi kesan luka tikaman dan kelaran.

Hasil siasatan mendapati suspek baru sahaja dibebaskan dari penjara kerana bimbang akan dijangkiti kluster Covid-19 yang merebak dalam penjara tersebut. Dia kini diberikan hukuman 18 tahun penjara untuk kesalahan terbarunya.


Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

2 Komen:

ajumohit said...

kejamnya, kesian anak kecil yang tak berdosa, memang patut dihukum bunuh je orang macam ni

Diana Rashid said...

Kesian budak tu.

Duduk dan tenanglah la di syurga sana. Disana lebih indah dan selamat.

KOMEN TERBARU

Powered by Blogger.