PERSONAL

AWAS! Tipu Menang Boost RM8,888

scam

Pernah tak dapat SMS yang bertulis seperti ini?


Semalam penulis baru menerima mesej yang sama dalam telefon. Dari awal lagi dah agak ini scam sebab penulis tak pernah guna aplikasi Boost dan dah lama tak pernah masuk mana-mana pertandingan sebab nasib penulis sangat buruk bila masuk apa-apa pertandingan (walaupun pertandingan mudah seperti berlari membawa sudu dalam telur). Tengok cara susunan ayat dan ejaan mesej pun dah nampak ianya scam, lebih-lebih lagi bila huruf 'B' pada boost tidak dibesarkan dan link yang diberikan menggunakan tinyurl, link yang gemar digunakan oleh golongan scammer dan hacker amatur.

Penulis tidak melayan SMS tersebut. Namun perkara yang tidak dijangka berlaku.


Dengan menggunakan logo Boost yang agak kabur untuk foto profailnya (dahlah bodoh menipu orang, gambar pun tak reti nak cari yang elok sikit. Bodoh punya scammer...), scammer cuba menghubungi penulis melalui WhatsApp pada jam 10:30 malam. Apabila penulis membaca mesejnya, penulis perhatikan dia menggunakan nama sebenar penulis tetapi dengan ejaan yang salah. 

Penulis syak scammer ini mencuri data maklumat penulis dari transaksi e-wallet Grabpay semasa membeli barang di CJ Wow Shop sempena event Birthday Bash mereka. Macam mana penulis tahu? Rahsia... penulis juga ada pengalaman dalam menjejak scammer, hacker dan catfish...

Tak lama dalam 5 minit kemudian scammer cuba menghubungi penulis melalui WhatsApp Call. Penulis enggan mengangkat panggilan, sebaliknya report dan block nombor scammer tersebut.

Rupa-rupanya pihak Polis DiRaja Malaysia juga sedar tentang kewujudan scam Boost ini, dan telah memberi amaran kepada orang awam supaya berhati-hati.


Rata-rata ramai mendakwa bahawa mereka menerima mesej teks yang menyatakan mereka telah memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM8,888 yang disediakan oleh Boost. Mesej tersebut meminta pengguna untuk klik pada link tersedia dalam teks mesej tersebut untuk menerima hadiah. Jika anda ada menerima mesej yang sama, jangan klik pada link tersebut kerana mesej teks tu palsu. Pihak Boost sendiri tidak memaklumkan pemenang menerusi mesej teks.


Apa akan jadi kalau mangsa scam tertekan link tu? 

Jika tertekan secara automatik mangsa akan disambungkan ke satu nombor Whatsapp yang tidak diketahui. Kemudian, scammers akan menunjukkan sijil keahlian Boost melalui WhatsApp bagi mengurangkan keraguan mangsa. Mereka akan meminta mangsa untuk ‘naiktaraf’ akaun untuk mendapatkan hadiah dengan memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun e-wallet mangsa. 

Selain WhatsApp, scammer juga menggunakan laman palsu untuk meminta mangsa memasukkan butiran peribadi seperti nama penuh, nombor kad pengenalan serta butiran maklumat perbankan.

Pihak Boost juga telah mengingatkan orang ramai supaya mengabaikan sebararang kandungan yang berkait dengan pihak Boost atau pengumuman selain daripada saluran rasmi Boost.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

0 Komen:

KOMEN TERBARU

Powered by Blogger.