REVIEW

MAGGI FUSIAN Menjelajah Rasa Asia Timur Dengan Perisa Karai Miso Dan Sarang Kimchi

Terjumpa pula Maggi Fusian perisa baru di kedai runcit tempat kerja. Apa lagi penulis pun tak melepaskan peluang untuk merasai kedua-dua perisa yang bersempenakan rasa makanan tradisi dua buah negara Asia Timur yang terkenal iaitu Jepun dan Korea.


KARAI MISO

Dalam bahasa Jepun "karai" bermaksud "masin" atau "pedas", manakala "miso" ialah pes perisa masakan yang biasanya diperbuat daripada tauhu, rumpai laut atau beras. Oleh itu Maggi Fusian perisa Karai Miso ini mempunyai pes miso untuk supnya tetapi bagi penulis rasanya tak pedas langsung, cuma masin adalah. Perencahnya terdiri daripada sayur-sayuran kering seperti tauhu, jagung dan daun bawang. Rasa dia macam makan ramen yang direndam dalam sup miso. Boleh bayangkan diri berada dalam dunia Naruto apabila makan Maggi Fusian Karai Miso panas-panas di waktu hujan lebat...

Foto sebelum dan selepas direndam dalam air panas



SARANG KIMCHI

Penulis tak suka kimchi, maka Maggi Fusian Sarang Kimchi ini tak kena dengan selera tekak penulis. Selain daripada rasa kimchi yang masam dan masin kerana ia dijeruk (penulis juga tak suka jeruk... pendek kata apa saja jenis asam, jeruk dan buah masam memang penulis tak makan), antara sebab mengapa penulis tak suka kimchi sebab pernah melalui satu pengalaman di mana penulis terjumpa bangkai seekor lalat di bawah helaian sayur kimchi di sebuah restoran makanan Korea terkemuka di KL. Hasil penemuan tersebut telah menyebabkan penulis menikmati hidangan secara percuma di restoran tersebut selama setahun. Sepanjang masa setahun itu penulis mengelak daripada makan kimchi. Berbalik kepada Maggi Fusian Sarang Kimchi ini, ia mempunyai perencah kimchi kering yang menambah rasa masam dan masin pada sup. Mungkin peminat tegar makanan Korea dan kimchi akan sukakan rasa perisa Sarang Kimchi ini.

Foto sebelum dan selepas direndam dalam air panas


Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

0 Komen:

KOMEN TERBARU

Powered by Blogger.