BERITA

e-Cencus: Pra-Pendaftaran Banci Malaysia 2020 Berakhir Hari Ini

Fasa pertama prapendaftaran Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci secara dalam talian (e-CENSUS) akan berakhir jam 11.59 malam, hari ini.


Pesuruhjaya Banci 2020, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata berdasarkan status terkini, masih ramai yang belum menyelesaikan e-CENSUS dengan lengkap.

Katanya, antara sebab prapendaftaran tidak berjaya adalah padanan alamat tempat kediaman tidak dapat dibuat dalam sistem e-CENSUS kerana maklumat yang dibekalkan tidak lengkap atau terlalu umum, selain wujud perbezaan antara alamat yang dilaporkan dari segi ejaan, kaedah penulisan, huruf singkatan dan tidak mengikut standard penulisan alamat.

"Orang ramai yang berjaya membuat prapendaftaran dan menerima kod jemputan (IC) serta yang mengikuti dan mendapatkan IC di klinik e-CENSUS, boleh melengkapkan pengisian e-CENSUS sehingga 6 Oktober (Selasa), jam 11:59 malam.


"Bagi yang masih belum menerima IC, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) akan membantu menyelesaikan padanan alamat tempat kediaman dan membekalkan IC dengan kadar segera sebelum pengisian berakhir pada 6 Oktober 2020.

"Mereka yang menghubungi talian hotline dan platform rasmi lain, mereka akan terus dihubungi untuk memastikan mereka dapat melaksanakan e-CENSUS," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Setiap isi rumah yang bakal mengisi e-Census akan menerima poskad yang disertakan IC masing-masing dan dikehendaki memasukkan nombor berkenaan apabila mendaftar masuk e-Census.

Mengulas lanjut, Mohd Uzir memaklumkan, DOSM sudah menambah kekuatan pasukan petugas Banci 2020 berikutan sambutan yang menggalakkan dari orang ramai untuk pengisian e-CENSUS.

Bagi yang tidak berpeluang mengisi e-CENSUS, katanya, Banci 2020 akan menggerakkan proses bancian fasa kedua iaitu secara bersemuka mulai 7 hingga 24 Oktober ini.

"DOSM mengalu-alukan orang ramai untuk terus menghubungi DOSM melalui hotline 1-800-88-7720 atau emel ke helpdesk.banci@dosm.gov.my sekiranya menghadapi masalah berkenaan Banci 2020," katanya.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

2 Komen:

Diana Rashid said...

Yang ada masalah ni biasanya yang baru nak isi bulan 9. kalau buat awal2 tak de masalah apa pun.Tapi yang part guna singkatan untukisi borang ni patut di sebat dengan rotan je..hahah

YunFila said...

@Diana Rashid

Nak salahkan orang awam tak patut juga. Program e-Census ni juga kurang berkesan sebab tak diwar-warkan dengan bersungguh. Warga emas kalau tanya apa benda e-Census ni pun dia orang tak tau, jadi mereka tak akan ambil tahu sebab tak ditekankan. Patutnya iklanlah dalam tv ke apa cara nak buat e-Census ni. Kalau iklan mengundi boleh pula siap tunjuk cara nak cat jari tu. Dan memang kebiasaan warga emas dan orang-orang lama akan letakkan singkatan pada nama jalan seperti "Jalan" jadi "Jln" atau "Kampung" jadi "Kg.". Satu lagi lebih baik gunakan perkataan e-Banci daripada e-Census jadi orang awam tahu apa tujuan e-Census ni.

KOMEN TERBARU

Powered by Blogger.