Baru-baru ini Blogger telah bertukar kepada interface pengguna (UI) terbaru bagi mempertingkatkan pengalaman penggunaan platform Blogger. Perubahan yang dilakukan sedikit sebanyak menjejaskan keseronokan pengguna yang menggunakan template blog dibina sendiri atau template ditempah selain dari template asal Blogger. Ramai pengguna Blogger mengeluh kerana perubahan interface baru Blogger telah menyebabkan gambar-gambar yang dimuatnaik menjadi kabur di muka depan blog.
Hal ini berlaku kerana UI Blogger baru menggunakan kod output saiz imej yang berbeza dengan kod output saiz imej yang digunakan oleh template bukan milik Blogger. Blogger baru menggunakan kod seperti ini /h640-h426/ manakala jika anda gunakan template buatan sendiri atau template yang ditempah rupa kod itu seperti ini /s640/.
Sebenarnya isu ini sangat mudah nak dibetulkan. Tengok di bawah macam mana Ayuni selesaikan masalah gambar kabur di blog...
Mula-mula kita muatnaik gambar yang nak dipaparkan dalam blog.
Ini kucing Ayuni, nama dia Mimi. Comel tak?
Akan keluar paparan macam ni. Pening tak tengok coding ni?
Selepas mengikut cara-cara di atas, klik Publish / Update dan lihat hasilnya. Semoga tutorial ini dapat membantu anda dengan masalah imej kabur dalam blog.
0 Komen:
Post a Comment