Page Menu

Sebuah blog caca-marba yang hidup segak mati tak mau.
Blogger dia pun sekejap update sekejap jadi hantu.

Total Pageviews

Dibina oleh Ayuni Rafilah © 2014-2023 Hak Cipta Terpelihara
Dikuasakan oleh Blogger.

Wanita Rimas Suami Terlalu Penyayang


Hanya kerana suaminya terlalu menyayanginya dan tidak pernah bertengkar, seorang wanita menuntut perceraian di mahkamah selepas 18 bulan mendirikan rumah tangga. Menurut laporan akhbar, wanita itu berkata dia berasa muak dan tidak boleh menerima apabila suaminya meluahkan perasaan dengan penuh rasa cinta.

Wanita itu berasa rimas kerana suaminya tidak pernah memarahinya selain tidak pernah berasa kecewa meskipun beberapa kali melakukan kesilapan. 

"Kadang-kadang dia memasak untuk saya dan membantu saya melakukan tugas-tugas rumah tangga. Setiap kali saya melakukan kesalahan, dia selalu memaafkan saya... pelik betul," kata wanita tersebut.

Selain itu, wanita berkenaan memberitahu bahawa dia tidak mahu meneruskan kehidupan rumah tangga itu kerana suaminya sentiasa bersetuju dengan semua cadangannya. 

Mahkamah Uttar Pradesh, India, bagaimanapun menolak permohonan itu dengan menyifatkan tindakan tersebut sebagai melulu. Pasangan itu diminta menyelesaikan sendiri masalah rumah tangga mereka.

Tiada ulasan