HIBURAN

Hero Black Panther Meninggal Dunia


Chadwick Boseman, pelakon utama filem Black Panther terbitan Marvel, meninggal dunia semalam pada usia 43 tahun. Boseman dipercayai telah menghidap kanser usus sejak tahun 2016.

Berasal dari South Carolina, USA, Boseman menamatkan pengajian dari Universiti Howard di Washington pada tahun 2000. Dia juga pernah menyertai British American Drama Academy di Oxford, England, pada tahun 1998.

Kerjaya Boseman dalam bidang lakonan mula dikenali melalui filem 42 di mana dia memegang watak pemain besbol berkulit hitam pertama Amerika bernama Jackie Robinson. 


Pelakon tersebut juga pernah membintangi filem-filem lain seperti Get On Up dan Marshall.


Boseman muncul buat pertama kali sebagai adiwira Black Panther / T'Challa dalam siri filem Marvel Avengers menerusi Captain America: Civil War pada tahun 2016. 


Watak Black Panther kemudian memiliki filemnya sendiri pada 2018 dan kutipan hasil filem tersebut telah berjaya memecah panggung selepas memasuki tayangan seluruh dunia. Sekuel bagi filem Black Panther dijangka akan ditayangkan pada Mei 2022.


Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

0 Komen:

KOMEN TERBARU

Dikuasakan oleh Blogger.