SANTAI

Boleh Tahan Juga Bil TNB Bulan Jun...

Salinan bil TNB yang penulis baru terima melalui portal myTNB semalam. Boleh tahan juga kenaikan bil bulan Jun sejak musim PKP ni...


Ini ialah jumlah bil perlu dibayar bagi penggunaan sejak 27 Mei hingga 17 Jun 2020. Pembayaran terakhir dibuat pada 27 Mei pada amaun RM297.40 tanpa ada baki tertunggak. 

Paling tinggi amaun bil penulis pernah bayar pada TNB ialah RM2,000 lebih untuk pemakaian elektrik selama 2 bulan kira-kira 5 tahun lalu. Pernah buat aduan tetapi aduan tidak dilayan, malah diberi penjelasan yang mengatakan kononnya penulis menggunakan elektrik dengan banyak. Mungkin TNB syak penulis bekerja sebagai towkey kilang.

Kalau kerajaan nanti keluarkan geran untuk usahawan kilang, bolehlah penulis selit bil elektrik rumah ni untuk menguatkan alasan mendapat geran. Lepas tu bolehlah guna duit geran untuk membayar bil kepada TNB.

Buat masa ini penulis cuma gunakan duit dari akaun i-Lestari untuk membayar kesemua bil TNB dan bil air yang diterima sepanjang PKP.

Berapa jumlah bil TNB yang anda kena bayar sepanjang musim PKP ini?

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

0 Komen:

Dikuasakan oleh Blogger.