REVIEW

Review Tealive x Walls Bobalicious Di Rumah


Semalam baru saja buat pesanan aiskrim Tealive x Wall's Bobalicious melalui laman Lazada selepas Wall's mengumumkan penjualan produk aiskrim terbaru mereka melalui atas talian yang bermula 11 Mei (semalam), tup-tup pagi ni trak Wall's dah sampai ke depan rumah! 

Dahlah penghantaran cepat dan cekap, apa yang menarik ialah kesemua aiskrim diberikan dalam sebuah beg cooler percuma dan Wall's juga memberikan free gift dua helai topeng muka (mask) serta baucar Tealive yang memberikan diskaun pembelian 50%. Malah, caj penghantaran juga percuma!

Suka tengok warna belang oren cooler beg eksklusif ni. Dahlah besar, aiskrim pun kekal sejuk

Memang besar cooler bag ni... ada 15 batang aiskrim Tealive x Wall's Bobalicious dimuatkan dalam beg ini, termasuk sekali free gift topeng muka dan baucar Tealive dalam plastik tu

Aiskrim Tealive x Wall's Bobalicious. Memang dapat rasa betapa fresh dan baru tekstur aiskrim dia sebab baru keluar daripada kilang Wall's sendiri. 

Baik betul Wall's ni bagi topeng muka percuma demi memastikan pelanggan dilindungi daripada COVID-19. Di samping topeng muka, dapat sekali baucar Tealive

Tadi cuba merasa aiskrim Tealive x Wall's Bobalicious semasa waktu berbuka puasa. Memang sedap dan penulis suka sebab rasanya tak manis sangat, tetapi rasa berlemak macam teh susu dan aiskrimnya mengandungi banyak boba. Bila gigit boba dalam aiskrim tu, rasanya kenyal dan tak lembik sangat, juga tak beku sangat... leka mengunyah boba sambil menghabiskan aiskrim. Tekstur aiskrim terasa sangat baru dan segar berbanding yang dibeli di kedai-kedai serbaguna dan stesen minyak. Puas hati sangat dapat membeli aiskrim ini melalui pesanan atas talian.

Tawaran pembelian ini terhad kepada 300 orang pembeli pertama sahaja. Boleh baca di sini untuk mengetahui cara-cara mendapatkan aiskrim Tealive x Wall's Bobalicious bersama free gift: Aiskrim Boba Tealive : Dah Boleh Order Online Mulai 11 Mei!


Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

2 Komen:

Intan berkata...

Look delicious

Fuzy Hamid berkata...

wahh...nanti nak try jugak la

Dikuasakan oleh Blogger.