PERSONAL

MILO Limited Edition Berwajah Unik

Terjumpa air tin minuman Milo edisi terhad yang berwajah unik ini di kedai Ninso berdekatan rumah. Rupa tin Milo ini agak unik kerana warna hijaunya lebih terang berbanding yang umum kenali dan ia memaparkan imej seorang lelaki yang gagah perkasa sedang mengangkat seekor kerbau di atas bahunya.


Sebenarnya imej ini berdasarkan sejarah benar tentang seorang atlet yang terkenal di zaman Yunani purba iaitu Milo de Crotona (Milo of Croton). Milo merupakan atlet Yunani yang terkenal dalam bidang gusti pada zamannya (kurun ke-6 Sebelum Masehi) dan dia berasal dari Croton, sebuah bandar terletak di wilayah Yunani kuno yang dikenali sebagai Magna Graecia. Terdapat beberapa catatan sejarah yang mengatakan Milo pernah memenangi kebanyakan pertandingan gusti dalam sukan Olimpik pada zaman itu bermula dari tahun 540 Sebelum Masehi. 


Milo pernah menjuarai pertandingan gusti di sukan Olimpik sebanyak 6 kali, dan 26 kali di tiga wilayah berasingan. Disebabkan kejayaannya, Milo dinobatkan sebagai jaguh terkuat di Itali sepanjang zaman itu. 

Bagaimana Milo boleh menjadi sangat kuat? Mengikut sejarah, Milo mula membina badan dengan mengangkat seekor anak lembu yang baru lahir di dalam kandang sebelah rumahnya. Setiap hari Milo akan meletakkan anak lembu tersebut di atas bahunya dan membawanya ke sana sini. Walaupun ditertawakan oleh orang ramai yang melihatnya, Milo tetap mengangkat anak lembu peliharaannya itu secara berterusan selama 4 tahun sehingga anak lembu itu menjadi besar. Seiring dengan tumbesaran lembu itu, tubuh Milo juga makin sasa dan tenaganya bertambah kuat dari hari ke hari. Sebab inilah Milo terkenal dengan imej mengangkat seekor lembu di atas bahunya.


Di samping sukan gusti, Milo juga dipercayai terlibat dalam bidang ketenteraan dan pernah mengetuai peperangan menentang wilayah Sybaris di Selatan Itali (kini sudah tidak wujud lagi). Malangnya Milo mati dimakan oleh 40 ekor serigala ketika dia sedang cuba mengoyak sebatang pokok dengan kedua-dua tangannya.

Moral kisah Milo of Croton: Mulakan usaha dari langkah kecil dan jangan mengalah di sepanjang proses perubahan diri, nescaya hasil usaha akan mendatangkan kekuatan dan kemajuan di masa depan.


Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

2 Komen:

PeRdU cINta berkata...

Owh baru tahu sejarah Milo selama ni cuma jadi minuman kegemaran je.

Unknown berkata...

Oh gitu cerita nya. But the fact is milo of croton tu gagah perkasa dan kuat bukan sebab minum milo pun. Huhu

Dikuasakan oleh Blogger.