VIRAL

Macam Orang Gila, Foto-Foto Kerosakan Bilik Hotel Kuarantin Sarawak Tular Buat Netizen Marah

Ibarat diberi susu dibalas tuba, sikap rakyat yang tidak bertanggungjawab dengan merosakkan bilik hotel yang digunakan sebagai bilik kuarantin sungguh mengecewakan. Beberapa keping foto bilik hotel sebuah pusat kuarantin di Sarawak tular kerana ditinggalkan dalam keadaan rosak teruk dan menjijikkan. Foto ini sempat tersebar luas di laman sosial sebelum muat naik asal dipadam di laman Facebook.


Rata-rata netizen kesal dengan perbuatan individu terbabit yang tidak bersyukur dikuarantin di bilik hotel yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. 

Keadaan bilik hotel yang tunggang terbalik dibuat oleh suspek

Botol cecair pembasmi di lobi hotel yang telah dibakar oleh suspek

Meja di bilik hotel yang dibiarkan bersepah dan kotor

Uncang teh dibancuh terus ke dalam cerek elektrik kepunyaan hotel dan air teh dibiar melimpah sekeliling cerek


Keadaan dalam bilik air yang kotor dengan kesan titisan darah

Bantal dikencing suspek...

Tompokan merah serta cebisan sesuatu ditinggalkan di atas meja

Polis memeriksa kesan kerosakan yang ditinggalkan oleh suspek

Suspek yang telah ditahan oleh pihak polis kerana merosakkan bilik hotel di Sarawak

Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail, seorang lelaki berusia 23 tahun telah ditahan dan dirujuk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setelah dia ditemui membakar botol cecair pembasmi kuman di lobi hotel itu serta merosakkan beberapa peralatan di bilik penginapannya. Lelaki terbabit kini ditahan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) kerana disyaki mengalami masalah mental. Ada desas-desus di kalangan netizen yang mengatakan bahawa suspek merupakan anak keluarga kaya dari Bau, Sarawak dan pernah hilang selama 7 hari di hutan Gunung Singai sebelum diselamatkan oleh pasukan penyelamat pada tahun 2018 lalu.


Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

3 Komen:

cikguzim berkata...

Seperti monyet masuk bandar..hee geram tgk

Intan berkata...

Thanks for sharing

Tukangubahsuai berkata...

Inilah sikap orang yang tidak bertanggunjawab untuk menjaga harta awam. Saya juga sering mendapat kerja seperti baiki pintu sliding dan kemudahan yang lain di hotel. Hubungi kami untuk mendapat bantuan kontraktor!

Dikuasakan oleh Blogger.