BERITA

Toreh Muka Gadis Depan Rumah


Seorang gadis berusia 20 tahun mengalami nasib malang apabila mukanya ditoreh oleh seorang lelaki yang tidak dikenali. Insiden berlaku di depan rumahnya pada jam 3.30 petang di Jalan Rumbia 46, Taman Daya dekat Johor Bahru, semalam.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, lelaki itu yang dipercayai tidak siuman telah menghampiri mangsa seolah-olah hendak bertanyakan sesuatu sebelum menoreh muka mangsa dengan sebilah pisau boleh laras. 

Polis telah menahan suspek pada jam 11.30 pagi di belakang sebuah kedai gunting rambut di Jalan Bukit Mutiara. Siasatan lanjut mendapati suspek yang berusia 30 tahun mempunyai rekod lampau bagi kesalahan dadah serta khianat. Sebilah pisau boleh laras sepanjang 18.5 cm ditemui bersama penahanan suspek.

Manakala mangsa yang mengalami kecederaan di muka berada dalam keadaan stabil setelah menerima rawatan dan kini berehat di rumah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang sedang mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan di rumah diminta berhati-hati sekiranya kawasan rumah dihampiri oleh individu-individu yang tidak dikenali.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

1 Komen:

ejulz berkata...

Bahaya betul.

Jemput join segmen ya ๐Ÿ˜Š

https://ejulz.blogspot.com/2020/04/segmen-ucapan-buat-frontliners-covid-19.html?m=1

Dikuasakan oleh Blogger.