BERITA

Terowong Sanitasi Boleh Bawa Kemudaratan, KKM Tidak Saran Penggunaan


Penggunaan terowong disinfeksi bagi proses nyah kuman disahkan tidak mampu membunuh kuman malahan ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada pengguna. 

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berdasarkan penilaian dijalankan terhadap peralatan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak menyarankan sebagai langkah untuk mengurangkan jangkitan koronavirus (Covid-19) terhadap manusia. Beliau berkata demikian dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.

Beliau menegaskan berdasarkan penilaian yang dilakukan terhadap beberapa model yang sedia ada, tidak ada bukti menunjukkan ia berkesan.

Tambahnya, bahan kimia di dalam kandungan cecair tersebut dikhuatiri memudaratkan beberapa bahagian di tubuh badan manusia seperti mata dan mulut.

"Jangka masa 20-30 saat tidak memadai untuk proses nyahkuman yang berkesan. Prosesnya juga tidak boleh membunuh kuman di dalam badan manusia. Tambahan pula bahan kimia yang digunakan boleh membawa kemudaratan kepada selaput badan (mucous membrane) seperti di mata dan mulut. Berdasarkan penilaian tersebut, KKM tidak menyarankan penggunaan terowong sanitasi sebagai langkah untuk mengurangkan jangkitan COVID-19 terhadap manusia,"

"Jadi kajian sedang dilaksanakan, mungkin kita akan dapat data (bukti keberkesanan) tapi setakat ini kita tidak ada bukti yang kukuh untuk mengatakan ia berkesan," katanya pada sidang media.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

0 Komen:

KOMEN TERBARU

Dikuasakan oleh Blogger.