VIDEO

Tayangan Langsung Pendengaran Kes Mahkamah Rayuan Secara Dalam Talian (23 April 2020)



Tayangan Langsung Pendengaran Kes Mahkamah Rayuan Secara Dalam Talian (23 April 2020).

Buat pertama kali dalam sejarah perundangan negara, prosiding perbicaraan mahkamah dibuat secara langsung menerusi dalam talian bagi membolehkan orang ramai mendapat akses kepada keadilan.

Pada prosiding itu, panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Kamardin Hashim mendengar rayuan dikemukakan Zhoa Fangliang, Jin Haifang dan Zhu Cunhua terhadap Syarikat Pengangkutan Satu Hati Sdn Bhd.

Turut bersidang Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Lee Swee Seng dan Datuk Azizah Nawawi.

Terdahulu, peguam KF Ee yang mewakili ketiga-tiga perayu dilihat memulakan hujahnya sebaik jurubahasa membacakan nombor kes.

Turut hadir pada pendengaran rayuan itu, peguam Nurul Dalilah Darmawi dan Azizi Ahmad Shaghir bagi pihak Syarikat Pengangkutan Satu Hati Sdn Bhd, selaku defendan.

Terdahulu, kesemua pihak yang terbabit dalam pendengaran rayuan itu dilihat bersiaran secara langsung di pejabat masing-masing bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan.


Dibawa oleh Badan Kehakiman Malaysia.

1)No. Kes: J-04(NCVC)(W)-552-10/2019
    Perayu: Zhao Fangliang
    Responden: Syarikat Pengangkutan Satu Hati Sdn. Bhd.

2)No. Kes: J-04(NCVC) (W)-554-10/2019
    Perayu: Jin Haifang
    Responden: Syarikat Pengangkutan Satu Hati Sdn. Bhd.

3)No. Kes: J-04(NCVC)(W)-555-10/2019
   Perayu: Zhu Cunhua
   Responden: Syarikat Pengangkutan Satu Hati Sdn. Bhd.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

0 Komen:

Dikuasakan oleh Blogger.