VIRAL

Raih 750,000 Pengikut Dalam Seminggu, MASAK APA TAK JADI HARI INI OFFICIAL Hiburkan Netizen Di Waktu PKP

Di kala Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 28 April ini, sudah tentu ramai dalam kalangan rakyat Malaysia memenuhkan masa terluang mereka dengan memasak. Namun tidak semua resipi yang dicuba itu menjadi. Bak kata orang, hidup tak semestinya indah setiap hari.


Mungkin kerana terlalu ramai yang mencuba untuk memasak di musim PKP ini, sebuah group Facebook ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official’ mula tular sejak beberapa hari lalu di alam maya selepas hantaran-hantaran masakan yang tidak menjadi mula dibuat di laman tersebut oleh netizen.

Dalam tempoh seminggu diwujudkan, group Facebook 'Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official' di Facebook sudah meraih lebih 750,000 pengikut. Kumpulan itu yang diwujudkan pada 14 April lalu tular di Facebook beberapa hari kebelakangan ini susulan perkongsian masakan sorang netizen yang dikatakan tidak menjadi seperti sepatutnya biarpun sudah mengikut resipi asal. 

Pengurus kumpulan berkenaan, Norlaila Dollah Ahmed, 46, berkata dia dan beberapa lagi rakan memutuskan untuk wujudkan group tersebut dengan tujuan menghiburkan antara satu sama lain menerusi perkongsian masakan tidak menjadi masing-masing bagi mengurangkan tekanan yang orang ramai hadapi ketika perlu berada di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Berikut adalah beberapa hantaran yang menunjukkan ‘masak tak jadi’ yang telah dikongsikan di group tersebut dan pasti akan membuat anda tidak kering gusi melihatnya.





Nak tengok lagi gambar hasil masakan tak jadi netizen? Jom layari laman group 'Masak Apa Tak Jadi Hari Ini' di Facebook!

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

0 Komen:

Dikuasakan oleh Blogger.