BERITA

Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Sehingga 12 Mei


Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijangka berakhir pada 28 April akan dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi, iaitu sehingga 12 Mei 2020.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan, dengan tempoh yang dilanjutkan tersebut, kerajaan akan menilai data-data terkini yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan untuk menentukan langkah seterusnya.

Keputusan itu termasuk merangka Pelan Pemulihan Ekonomi jangka pendek dan sederhana bagi memastikan aktiviti ekonomi dapat dibangkitkan semula dengan pantas selepas tempoh PKP berakhir.

Sekiranya kes-kes COVID 19 terus mencatatkan penurunan yang ketara, kerajaan berkemungkinan akan melonggarkan kawalan pergerakan secara bertahap dalam beberapa sektor termasuk sektor sosial.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan selama dua minggu iaitu bermula 15 hingga 28 April ini.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

3 Komen:

PeRdU cINta berkata...

InshaAllah semuanya akan beransur pulih. Aamiin.

Warisan Petani berkata...

Saya yang menurut perintah

Siti Yang Menaip berkata...

lanjut lagi seperti yang dijangka..
xpe insyallah ni semua untuk kebaikan kita =)

Dikuasakan oleh Blogger.