VIRAL

Penjual Burger Kena Prank, Rugi RM150


Seorang penjual burger mengalami kerugian sebanyak RM150 gara-gara perbuatan khianat seseorang yang tidak bertanggungjawab menyamar sebagai pelanggannya. Penjual burger tempatan itu memberitahu dia telah dihubungi oleh seorang pemanggil melalui aplikasi WhatsApp yang memintanya menghantarkan 20 biji burger ke Public Bank cawangan Jalan Klang Lama di Selangor, semalam. 


Apabila mangsa meminta bayaran dibuat terlebih dahulu, pemanggil terbabit memberi alasan bahawa dia tidak reti menggunakan transaksi perbankan online serta "anaknya telah keluar dari rumah". Pemanggil itu juga menjanjikan bayaran penuh secara tunai sebaik saja mangsa tiba di lokasi yang diberitahu.


Mangsa yang tidak menyimpan rasa syak wasangka segera menyiapkan pesanan dan kemudian menuju ke Public Bank yang dinyatakan. Malangnya setelah mangsa tiba di destinasi, pemanggil kurang ajar itu memberitahunya bahawa dia hanya mempermainkan mangsa, dan pesanan yang dibuat cuma satu 'prank'. Pemanggil itu kemudiannya memperkenalkan diri sebagai "ginnyboy dari YouTube".


Ramai yang menyangka bahawa "ginnyboy dari YouTube" merujuk kepada pengacara radio dan YouTuber Malaysia Jinnyboy @ Jin Lim. Namun Lim menafikan penglibatannya dalam 'prank' terkutuk tersebut dan mengatakan bahawa dia telah difitnah.


Ramai netizen cuba menyerbu pemanggil 'prank' itu dengan menghubungi nombor telefonnya yang telah didedahkan dan disebarkan melalui Twitter. Namun panggilan mereka tidak dijawab oleh si pemanggil 'prank'.

Semoga penjual burger tersebut tabah menghadapi dugaan ini.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

4 Komen:

Hezzy Alia berkata...

Kesian pada si penjual tuu ditipu

AzianKhalil berkata...

kesiannya.... dapat apa prank orang ni?

Shikin Razali berkata...

Kesian pada penjual.. harap penjual tabah dalam menghadapi dugaan ini...

Pija berkata...

Keciannya, dlm bulan puasa2 nie war naye org... Ape laa, xbaik

Dikuasakan oleh Blogger.