VIDEO

Kim Jong Un Dilaporkan Meninggal Dunia Pada Usia 36 Tahun


Presiden Korea Utara, Kim Jong Un, dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 36 tahun akibat masalah pembedahan jantung, menurut petikan berita oleh stesen KETK-TV yang bersiaran di Texas, Amerika Syarikat.

Sebelum ini terdapat khabar angin bahawa Jong Un menghidap sakit jantung dan sedang menjalani rawatan di wilayah Hyangshan. Jong Un juga tidak menghadiri sambutan hari kelahiran pengasas Korea Utara, Kim Il Sung (mendiang datuk kepada Kim Jong Un) pada 5 April dan hal ini sejurusnya membuat orang ramai tertanya-tanya tentang keadaan kesihatannya.

Walau bagaimanapun, pihak perisikan Amerika Syarikat dan Korea Selatan tidak mempercayai bahawa Jong Un sudah mati. Kedua-dua negara itu menafikan berita dengan mengatakan bahawa keretapi milik diktator tersebut dilihat berada di wilayah Wonsan.

Korea Utara tetap berdiam diri daripada mengulas tentang Kim Jong Un, menjadikan berita "kematian" diktator itu masih sebuah tanda tanya misteri sehingga hari ini.


Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

0 Komen:

Dikuasakan oleh Blogger.