BERITA

Kerja Kosong Di Pasar Borong Selayang, Lebih 3,000 Warga Tempatan Diperlukan


Lebih 400 peniaga dan pemborong di Pasar Borong Kuala Lumpur di Selayang memerlukan hampir 3,000 pekerja tempatan untuk membantu mereka menjalankan perniagaan berikutan kekurangan tenaga kerja kritikal, susulan kebanyakan pekerja warga asing terpaksa tinggal dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Setiausaha Persatuan Pemborong Sayuran Kuala Lumpur, Law Tek Kim, memberitahu peniaga sayur di Pasar Borong Kuala Lumpur memerlukan sekitar 2,000 pekerja untuk membantu memunggah sayur daripada lori serta menghantarnya ke kedai.

Menurut Tek Kim, pekerja tempatan akan diberi bayaran gaji sekitar RM80 sehari dan bekerja dari jam 10 pagi hingga 7 malam. Mereka diperlukan untuk membawa sayur turun dan naik daripada lori, menyusun sayur di kedai atau menghantar sayur yang dijual kepada pelanggan.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pemborong Ikan Hoi Seong Kuala Lumpur, Sing Kian Hock, berkata peniaga ikan di Pasar Borong Kuala Lumpur memerlukan sekitar 700 pekerja ketika ini. Jelasnya, mereka sanggup membayar RM2,000 sebulan kepada pekerja tempatan yang bekerja memunggah barangan dari lori dan menghantar ikan yang dijual, dari jam 11 malam hingga 8 pagi, berbanding pekerja warga asing yang dibayar antara RM50 hingga RM70 sehari.

Mana-mana warga tempatan yang sedang mencari pekerjaan bolehlah rebut peluang bekerja di Pasar Borong Selayang Kuala Lumpur, dengan syarat perlu menjalani ujian saringan COVID-19 dan disahkan negatif dahulu sebelum boleh diberikan pas masuk.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

7 Komen:

Wawan berkata...

Ada no telefon utk kerja di pasar borong selayang?

Unknown berkata...

Cari kerja

Unknown berkata...

Perlu kerja

Matin Anthony Kajiwat berkata...

kerja parttime ada kah..sabtu ahad

Unknown berkata...

Saya memerlukan pekerjaan jika masih ada kekosongan tak kira apa macam kerja pun saya sanggup buat

Unknown berkata...

Keje shift mlm ade x..

Unknown berkata...

Saya mencari kerja kosong

Dikuasakan oleh Blogger.