INFO

Cara Baru Menyemak Status Permohonan i-Lestari KWSP Tanpa Melalui i-Akaun


Kini sudah ada cara baru dan mudah untuk menyemak status permohonan i-Lestari KWSP tanpa membuka i-Akaun KWSP seperti yang dinyatakan dalam entri penulis sebelum ini.

Cara ini telah dikemaskinikan oleh pihak KWSP bagi memudahkan pemilik akaun KWSP yang tidak mempunyai akses kepada i-Akaun untuk menyemak status permohonan i-Lestari KWSP.

Mula-mula layari laman sesawang berikut: i-Lestari : Semakan Status - i-Lestari KWSP

Anda akan dibawa ke paparan seperti di bawah...


Masukkan nombor MyKad dan telefon bimbit ke dalam ruang butiran maklumat. pastikan Nombor MyKad dan nombor telefon bimbit adalah betul dan tepat.

Semakan status permohonan boleh dibuat dalam tempoh DUA (2) hari selepas permohonan dibuat.

Permohonan melalui emel/ pos akan mengambil masa bagi proses pengesahan.


Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

1 Komen:

ray berkata...

thnk you for sharing this

Dikuasakan oleh Blogger.