SERAM & MISTERI

Benarkah Ramalan Coronavirus Dibuat Pada Tahun 1981?


Benarkah wabak coronavirus yang melanda dunia sekarang pernah diramal kewujudannya pada tahun 1981?

Menurut ciapan beberapa peminat novel fiksyen dalam Twitter, terdapat persamaan fenomena virus Covid-19 dengan salah satu karya Dean Koontz yang berjudul 'The Eyes of Darkness'. Novel berunsur sains fiksyen tersebut mengandungi babak di mana watak bernama Dombey menceritakan tentang kewujudan senjata biologi berupa virus dilabel sebagai "Wuhan-400" dibawa oleh seorang saintis China bernama Li Chen ke Amerika Syarikat.


Walau pun kenyataan ini agak mengejutkan kerana novel tersebut ditulis 40 tahun sebelum wabak virus Wuhan mula merebak di hujung tahun 2019, namun terdapat perbezaan di antara virus 'Wuhan-400' dalam novel itu dan COVID-19 di alam realiti yang menyangkal penulisan Dean sebagai ramalan.

Pertama, dalam novel 'Wuhan-400' dikatakan akan menyerang manusia dalam masa 4 jam selepas dijangkiti, malah tiada sesiapa yang akan hidup dalam masa 24 jam setelah terkena jangkitan. Manakala bagi Coronavirus terdapat rekod bahawa pesakit yang dijangkiti boleh sembuh. Kedua, 'Wuhan-400' dikatakan tidak boleh bertahan lebih daripada seminit daripada luar badan manusia. Menurut kajian mengenai Coronavirus, virus tersebut boleh bertahan di atas mana-mana permukaan di luar tubuh manusia dalam jangkamasa berjam hingga berhari.

Oleh itu, Dean mungkin seorang penulis sains fiksyen yang tinggi imaginasinya tetapi dia bukanlah seorang psikik yang boleh meramal masa depan.

Bercakap tentang masa depan, kira-kira 27 tahun selepas terbitan novel Dean muncul sebuah buku  ramalan bertajuk 'End of Days' yang dihasilkan oleh seorang psikik bernama Sylvia Browne pada tahun 2008. Dalam buku tersebut Sylvia menulis bahawa "di tahun 2020 sejenis penyakit mirip sakit paru-paru berair akan merebak ke seluruh dunia, menyerang bahagian paru-paru dan tiub bronkial serta tidak lut dengan mana-mana rawatan yang diketahui."

Sylvia juga menulis bahawa, "apa yang mengejutkan ialah penyakit tersebut akan hilang secara tiba-tiba sama seperti apbila ia muncul, kemudian kembali menyerang di 10 tahun akan datang sebelum ia hilang kembali."


Benarkah Sylvia telah meramal tentang kehadiran COVID-19 secara tepat? Sekiranya ia, adakah virus tersebut akan hilang dan muncul semula pada tahun 2030?


Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

0 Komen:

KOMEN TERBARU

Powered by Blogger.