PERSONAL

Barang Go Shop Sesat Sampai Ke Wakanda?


Penulis tak pernah tertarik melihat rancangan seperti CJ Wow Shop dan Go Shop. Namun disebabkan sepanjang musim Perintah Kawalan (PKP) ini penulis terpaksa tinggal di rumah ibu bapa, ibu penulis sering membuka rancangan shopping online tersebut dan meminta penulis membelikannya barangan yang telah menawan hati dia. Malangnya kesemua barangan yang ditunjukkan dalam rancangan itu menawan hatinya.

Oleh itu setakat dalam masa fasa ke-3 PKP ini penulis telah membeli 5 barang dari CJ Wow Shop, 2 barang dari Go Shop, 8 barang dari Shopee dan 3 barang dari Lazada. Pada masa ni terselit juga pesanan dari Tesco.

Antara barangan yang dibeli dari CJ Wow Shop.

Antara kesemua syarikat membeli-belah online di atas, penulis paling suka sistem penghantaran courier CJ Wow Shop dan Lazada yang cekap dan pantas. Staf courier CJ Wow Shop dan Lazada sentiasa memberikan servis yang baik dan apa yang paling bagus tentang mereka ialah kemahiran panduan jalan (navigation skills) yang mereka miliki dalam mencari rumah pelanggan. 

Servis CJ Wow Shop dan Lazada memang terbaik. Order semalam pagi ni dah sampai. Mereka masing-masing gunakan courier servis sendiri iaitu Korea Express dan LEX untuk menghantar barang. Staf courier sangat cekap. Tanpa menelefon dulu pelanggan, mereka tetap jumpa rumah dan terus menghantar barangan hingga ke depan pintu. Dari segi pembungkusan courier, Lazada memang tiada tandingan... setiap barang dibungkus dalam plastik dan bubble wrap, serta dimasukkan dalam kotak dengan kemas. 10/10 bagi servis Lazada.

Lazada - semalam order hari ini tiga-tiga dah sampai.

Shopee pula gunakan khidmat courier J&T, Poslaju dan DHL. Buat masa sekarang ada masalah backlog penghantaran di hub courier dek kerana banjiran pesanan pelanggan di musim Covid-19. Tambahan lagi Shopee kerap membuat jualan promosi. Penulis pernah menjadi salah seorang seller di Shopee jadi memang faham krisis penghantaran yang Shopee lalui. Oleh itu penghantaran menjadi agak lambat berbanding kebiasaan, namun barang sentiasa tiba ke destinasi. Customer Service Shopee sangat membantu dan staf mereka pantas menyelesaikan masalah. Perjalanan penghantaran juga mudah dijejak melalui portal Shopee dan Poslaju. Staf Poslaju di kawasan kami sangat cekap mencari rumah dan selalu dapat menghantar parcel dalam keadaan baik. 


Manakala Tesco cawangan kawasan tempat tinggal ibu bapa penulis pula mempunyai penghantar yang biadab dan tak reti mencari rumah. Dia menyalahkan kami dengan mengatakan bahawa dia tak jumpa rumah sebab sepatutnya kami tulis rumah tersebut dalam lokasi lain. Selama 40 tahun alamat lokasi rumah ini berjaya ditemui oleh posmen, bank, pegawai banci, pizza, dan Majlis Daerah. Hanya staf Tesco yang tiba-tiba mempunyai kuasa untuk menukar sempadan mukim alamat rumah ini. 

Walaupun stok mereka banyak tak ada dan cuba ditukarkan dengan jenama murahan sebab cawangan mereka miskin. Sebelum penghantaran Tesco tidak memberitahu dulu barang apa yang mereka ada dan barang apa yang tak dapat ditunaikan. Dalam portal bukan main buat promosi, bila lori sampai barang promosi tak ada. Dalam invois tulis 50 barang, yang sampai 10 barang je. Itu pun ada 5 barang nak diganti dengan jenama yang tak pernah dengar. Buat orang menunggu selama berhari-hari menjadi kecewa, dahlah nak booking slot pun payah... ibarat menunggu bintang jatuh dari langit. Itulah kali terakhir penulis membeli-belah dengan Tesco secara online.


Baru-baru ini Go Shop juga membuat penulis berasa kecewa, marah dan tak puas hati. Produk yang mereka iklankan dalam tv nampak bagus tetapi servis mereka di luar tv sangat teruk. Antara kelemahan Go Shop ialah menggunakan servis courier Skynet Express yang lembab dan tak cekap.

Penulis telah membuat pesanan untuk 2 barangan dari Go Shop setelah ibu terpedaya dengan lakonan Chef Wan dalam salah satu iklan Go Shop. Salah satu barang telah dihantar selepas 10 hari pesanan dibuat dan satu lagi sehingga sekarang masih tak nampak kelibat. Dahlah barang yang dah dibayar dulu pula tu. Bila cek sistem tracking, alasan yang diberi ialah courier tak dapat dihantar kerana tiada orang di rumah padahal kami sekeluarga berada di rumah sepanjang masa. Penulis hari-hari berada depan rumah dari jam 8 pagi hingga 10 malam... 

Rekod tracking penghantaran Go Shop melalui Skynet. Terhenti setakat 17 April dan bila penulis cuba jejak semula di website Skynet hari ini, ia tak dapat dibuka.

Ini ialah satu fitnah yang besar oleh Skynet di zaman Covid-19. Kerajaan telah menetapkan rakyat supaya berada dalam rumah demi memutuskan rantaian Covid-9, malah mendenda sesiapa yang ingkar dengan denda sebanyak RM1,000. Memandai-mandai saja Skynet mengatakan kami tiada di rumah sepanjang PKP ini!

Pihak pengurusan telah dihubungi namun barang tak sampai juga. Van Skynet pun tak pernah nampak lalu di kawasan rumah, tetapi dalam rekod mengatakan kononnya penghantaran telah dibuat. HQ Skynet kerap telefon mengatakan barang akan dihantar pada minggu itu, tetapi sampai minggu itu dah habis pun tak sampai juga barangnya. Staf courier juga tidak pernah menghubungi pelanggan. Penulis pernah cuba hubungi semula satu nombor diterima yang penulis teka mungkin dari staf courier Skynet (penulis sentiasa letakkan telefon di sebelah, jadi penulis tahu nombor tersebut cuma berdering sekali, seolah-olah pemanggil sengaja hendak buat miss call sebagai syarat kononnya dah telefon pelanggan tapi tak dijawab). Banyak kali penulis cuba hubungi semula nombor tersebut tetapi tidak pernah diangkat. Penatlah main calling calling ni, penulis bukan seorang yang romantik suka main telefon bagai... 

Dah dekat sebulan tak sampai lagi. Entah-entah barang Go Shop pesanan penulis tu dah tersesat sampai ke Wakanda.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

2 Komen:

Suria Amanda berkata...

sebab tu x suka beli barang Go Shop...banyak dengar dan baca complain org pasal barang lambat sampai

Lea Azleeya berkata...

huhu tak pernah beli jugak brg go shop.. dok ulang shopee jerk skrg ni..

Dikuasakan oleh Blogger.