VIRAL

Anak Kembar Diberi Nama Covid Dan Corona


Satu pasangan kembar lelaki dan perempuan di India yang dilahirkan pada 27 Mac lalu dinamakan sebagai Covid dan Corona.

Nama itu diberikan ibu bapa pasangan itu susulan kelahiran anak mereka ketika dunia kini berperang dengan penularan wabak Covid-19.

Ibu bapa bayi itu berharap nama yang diberikan memberi kenangan bagaimana kesusahan untuk melahirkan mereka ketika India bergelut dengan pandemik itu.

Ibu pasangan kembar itu, Preeti Verma berkata, ketika mahu melahirkan anaknya itu, dia dan suami berdepan pelbagai kesukaran dan nama itu diberikan boleh menjadi kenangan kepada mereka.

"Kami tidak terfikir untuk memberikan nama sedemikian namun ada kakitangan hospital yang mula memanggil mereka Covid dan Corona. Akhirnya saya dan suami setuju menamakan anak kami sempena pandemik ini," katanya.

Ketika dalam perjalanan ke hospital pada 26 Mac lalu, ambulans yang membawa wanita itu ditahan beberapa kali dalam sekatan jalan raya memandangkan sekatan pergerakan yang dikuatkuasakan di India.

Doktor terpaksa menjalankan pembedahan ekoran beberapa komplikasi dan jurucakap hospital memaklumkan kedua-dua bayi kini sihat.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

1 Komen:

Elih Japahar berkata...

Harap2 tak lah dibuli di sekolah lah nanti sbb nama virus tu...huhu

KOMEN TERBARU

Dikuasakan oleh Blogger.