VIRAL

Vaksin COVID-19 Khas Untuk Warga Amerika Sahaja, Trump Tamak Gila Mahu Satu Dunia Mati Kecuali AS


Perusahaan bioteknologi Jerman, CureVac, dilaporkan sedang dalam proses penghasilan vaksin virus corona (Covid-19) yang telah mendorong Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, ingin membeli hak eksklusif ke atas penggunaan vaksin tersebut.

Kontroversi berkenaan tercetus apabila akhbar Die Welt am Sonntag menerbitkan sebuah artikel mengatakan Trump telah menawarkan sejumlah wang yang lumayan kepada CureVac untuk mendapatkan hak eksklusif ke atas vaksin COVID-19 bagi Amerika Syarikat jika vaksin terbabit berjaya dihasilkan. Ini bermakna negara-negara lain di serata dunia tidak boleh mendapatkan bekalan vaksin COVID-19 selain daripada Amerika Syarikat.

Artikel itu juga menceritakan bahawa  Trump ingin CureVac memindahkan kumpulan penyelidiknya dari makmal mereka di Tübingen, selatan Jerman ke Amerika Syarikat. 

Kementerian Kesihatan Jerman tidak menafikan kebenaran laporan artikel tersebut tentang tawaran Trump. Namun pegawai-pegawai kementerian menjelaskan mereka telah menolak tawaran terbabit dan berusaha untuk membuat vaksin COVID-19 mudah diperolehi oleh orang ramai di seluruh dunia.

"Ada had batasan bagi kapitalisme," kata Karl Lauterbach, salah seorang ahli parlimen Jerman (Bundestag), dalam ciapan akaun Twitter miliknya.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

0 Komen:

KOMEN TERBARU

Dikuasakan oleh Blogger.