BERITA

Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Hingga 14 April 2020


Kerajaan memutuskan untuk melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pemaklumanan pelanjutan tempoh ini dibuat lebih awal supaya rakyat lebih bersedia.

Katanya, beliau diberikan taklimat oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara yang memaklumkan trend semasa menunjukkan kes positif Covid-19 yang baharu masih berlaku.

Beliau berkata trend itu dijangka berterusan untuk beberapa ketika sebelum kes-kes baru mula menurun.

Justeru, mereka yang telah pulang ke kampung halaman sebelum ini diingatkan agar tidak pulang ke ibu kota.

Kata Muhyiddin, rakyat perlu bersedia secara mental dan fizikal untuk duduk diam-diam di rumah bagi tempoh yang agak lebih lama.


Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

0 Komen:

Dikuasakan oleh Blogger.