Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

INFO

Panduan Permohonan Pengeluaran Wang KWSP Akaun 2 (i-Lestari)


Perintah kawalan pergerakan yang dikuatkuasakan bermula pada 18 Mac 2020 telah memberikan impak terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah yang kehilangan sumber pendapatan. Peniaga-peniaga kecil terpaksa menutup kedai, pemandu teksi dan Grab kehilangan pelanggan, pekerja bekerja mengikut hari tidak mendapat gaji, malah para majikan juga menanggung kerugian kerana perusahaan dan perniagaan mereka terpaksa ditutup buat sementara waktu.

Justeru itu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kemudahan pengeluaran caruman akaun dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkuat kuasa 1 April ini bagi membantu meringankan beban ditanggung rakyat yang terkesan akibat wabak COVID-19.

Untuk makluman semua, ahli pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun kini dibenarkan mengeluarkan wang simpanan daripada Akaun 2 pada kadar maksimum RM500 sebulan sepanjang 12 bulan di bawah inisiatif kerajaan melalui i-Lestari.

Ahli boleh mula membuat permohonan Pengeluaran i-Lestari mulai 1 April 2020. Pengeluaran hanya boleh dibuat bagi tempoh 1 tahun (12 bulan) iaitu dari bulan April 2020 hingga bulan Mac 2021. Bayaran Pengeluaran i-Lestari akan mula dibuat mulai Mei 2020.

Inisiatif itu adalah sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi dan Bantuan Rakyat yang lebih komprehensif yang akan diumumkan dalam tempoh terdekat, dan dijangka akan memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP, dengan jumlah pengeluaran yang dianggarkan bernilai RM40 billion.


SOALAN LAZIM i-LESTARI KWSP




KAEDAH PENGELUARAN i-LESTARI


Bagi sebarang pertanyaan lanjut tentang i-Lestari KWSP, sila layari:

ilestari@epf.gov.my

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

0 Komen:

Dikuasakan oleh Blogger.