Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

TIPS & RAHSIA

Panduan Mengisi Borang e-Filing Cukai Pendapatan Tahun Taksiran LHDN


Sudah tiba masa untuk rakyat Malaysia yang bekerja (dan yang berniaga) menunaikan kewajipan utama dalam kehidupan mereka iaitu membayar cukai pendapatan. Apa lagi, marilah kita peningkan kepala sama-sama mengisi borang e-filing sepanjang bulan ini. Pengemukaan borang e-filing bagi Cukai Tahun Taksiran 2019 boleh dilakukan mulai dari 1 Mac hingga 15 Mei 2020 secara online (1 Mac hingga 30 April 2020 bagi pengemukaan borang secara manual).



Panduan Mengisi Borang e-Filing Cukai Pendapatan Tahun Taksiran LHDN

1. Layari laman web rasmi ezHASiL di pautan https://ez.hasil.gov.my/


2. Log masuk dengan memasukkan No.Pengenalan dan juga Kata Laluan yang tepat, dan klik butang Hantar. (Bagi yang pertama kali mengisi borang e-filing dan baru nak mendaftar, sila baca panduan di pautan ini: Cara Daftar eFiling

3. Klik pautan e-Borang di bawah menu e-Filing. Sistem ezHASiL akan memaparkan skrin eBorang.


4. Pada skrin e-Borang, pilih jenis borang dan klik tahun taksiran yang berkaitan.


5. Skrin borang e-BE akan dipaparkan. Maklumat pada borang terbahagi kepada 4 bahagian iaitu:

a. Maklumat Individu
b. Pendapatan Berkanun, Jumlah Pendapatan Dan Pendapatan Tahun Kebelakangan Yang Belum Dilaporkan
c. Pelepasan / Rebat / Tolakan Cukai / Pelepasan Cukai
d. Rumusan 

6. Maklumat Individu: Ruangan maklumat yang bertanda (*) adalah mandatori untuk diisi. Klik butang Nota Penerangan BE untuk Penerangan mengenai borang BE. Klik pautan English untuk borang BE dalam versi Bahasa Inggeris.


7. Pendapatan Berkanun, Jumlah Pendapatan Dan Pendapatan Tahun Kebelakangan Yang Belum Dilaporkan: Maklumat berkenaan penggajian akan dipaparkan. Isi maklumat berkenaan pendapatan pada skrin ini dengan merujuk kepada Borang EA yang telah disediakan oleh majikan, atau Borang B bagi individu yang membuka perniagaan


8. Pelepasan / Rebat / Tolakan Cukai / Pelepasan Cukai: Isi maklumat untuk pelepasan cukai. Sila rujuk pada jadual di bawah entri ini untuk melihat Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan Tahun Taksiran 2019.


9. Rumusan: Sistem akan secara automatik mengira jumlah cukai yang dikenakan, jumlah cukai yang telah dibayar (PCB) dan cukai perlu bayar/lebihan cukai untuk bayaran balik. Jika jumlah cukai yang dikenakan lebih besar daripada PCB, maka anda perlu buat bayaran untuk jumlah yang masih belum cukup tersebut. Jika jumlah PCB lebih besar daripada jumlah cukai yang dikenakan, maka LHDN akan buat bayaran balik lebihan cukai kepada anda. Tekan butang Teruskan untuk menghantar pengisytiharan borang. 


10. Jika berpuas hati dengan maklumat yang diisi dan pengiraan cukai pendapatan yang ditunjukkan, boleh sahkan borang taksiran dengn klik pada butang Tandatangan & Hantar di skrin Akuan. Anda akan dibawa ke paparan seterusnya untuk sahkan penghantaran borang dan muat turun borang yang dihantar.




Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan Tahun Taksiran 2019




Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

0 Komen:

Dikuasakan oleh Blogger.