Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

TIPS & RAHSIA

Contoh Ringkasan Kes Mahkamah (Case Brief)


Contoh ringkasan kes mahkamah (case brief) dan borang ringkasan kes:

Government of Malaysia & Ors. v. Jumat bin Mohamed & Anor. [1977] 2 MLJ 103

Fakta Kes

Jumat bin Mahmud (Plaintif) seorang pelajar darjah lima tercedera di bahagian mata kerana tercucuk pensil yang tajam dipegang oleh kawannya bernama Azmi. Azmi seorang pelajar yang nakal dan sering mengganggu rakan-rakannya di dalam kelas. Dia mencucuk pin di peha Plaintif hingga menyebabkan Plaintif bertindak balas dengan berpusing ke belakang lalu mata kanannya bertembung dengan bahagian pensil yang tajam. Mata itu terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan serius. Kelas tersebut diajar oleh Puan Kenny (Defendan). Bapa Plaintif mendakwa Defendan telah cuai kerana tidak menyelia kelas dengan sepatutnya sehingga gagal menghalang kecederaan terhadap anaknya. Dalam keputusan di Mahkamah Tinggi, hakim menyebelahi Plaintif dengan menyatakan bahawa Plaintif mungkin tidak akan mengalami kecederaan serius jika guru yang berada di kelas pada masa itu memberi perhatian khusus kepada tingkah laku nakal pelajar terbabit.

Isu Berbangkit

1. Sama ada Defendan cuai kerana gagal menghalang kemalangan berlaku terhadap Plaintif.
2. Sama ada kemalangan tersebut boleh dijangka akan berlaku (foreseeability).

Keputusan Mahkamah

Setelah dirayu di Mahkamah Rayuan, hakim memihak kepada Perayu (Defendan) dengan alasan:

1. Guru tidak mendedahkan Plaintif kepada kecederaan yang boleh dijangkakan kerana sebatang pensel bukanlah benda yang merbahaya dan semua murid menggunakan pensel di dalam kelas.
2. Andaian yang menyatakan kecuaian guru mengawasi kelas menyebabkan kecederaan pelajar tidak boleh diterima kerana pengawasan guru belum pasti dapat mengelakkan kecederaan.

Kesimpulan

Yang Arif Hakim Raja Azlan Shah FJ memutuskan: “The duty of care owed by (the teacher) required only that he should take such measures as in all the circumstances were reasonable to prevent physical injury to (the pupil). This duty not being one to insure against injury, but to take reasonable care to prevent it, required no more than the taking of reasonable steps to protect the plaintiff against risks of injury which (the teacher) should reasonably have foreseen.”  Secara amnya, jika guru telah mematuhi segala arahan serta peraturan semasa menjalankan tugas-tugas harian dan melaksanakan "kewajiban berjaga-jaga" ( duty of care ) yang wajar, maka beliau harus selamat dan telah dilindungi dari sebarang dakwaan yang mungkin berlaku.



Contoh Borang Ringkasan Kes Mahkamah

 
 

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

0 Komen:

Dikuasakan oleh Blogger.