Page Menu

Sebuah blog caca-marba yang hidup segak mati tak mau.
Blogger dia pun sekejap update sekejap jadi hantu.

Total Pageviews

Dibina oleh Ayuni Rafilah © 2014-2023 Hak Cipta Terpelihara
Dikuasakan oleh Blogger.

Bosan Duduk Di Rumah Kerana Covid, Lelaki Ini Buat Sesi Karaoke Atas Balkoni Dengan Jiran


Kini masuk 5 hari perintah kawalan pergerakan berkuatkuasa di Malaysia. Apakah yang anda lakukan untuk menghilangkan rasa bosan di sepanjang perintah kawalan ini?

Bagi seorang lelaki ini, dia telah mengadakan sesi karaoke di balkoni apartmen tempat tinggalnya, dan tidak lama kemudian nyanyiannya diikuti oleh jiran-jiran lain yang tinggal di apartmen sama.

Salah seorang jiran di apartmen tersebut, Shauna Joan, telah merakam aksi ceria lelaki berkenaan menyanyi lagu 'Saya Anak Malaysia' bersama penghuni-penghuni apartmen yang lain. Video rakaman tersebut boleh dilihat di link ini: ShaunaJoan

Lelaki tersebut sempat mengakhiri sesi 'konsert' dengan mengingatkan semua orang supaya #StayAtHome.

1 ulasan: