Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

VIRAL

Suasana Sesak Sepanjang Promosi KFC 20/2/20, 2 Set Combo Snack Plate Pada Harga RM20


Jika anda sedang keluar dan ternampak cawangan-cawangan KFC penuh sesak dengan orang ramai beratur sehingga barisan melimpah keluar dari kedai hari ini, ketahuilah bahawa pandangan anda tidak salah. Anda tidak rabun mahu pun berhalusinasi. Memang benar orang ramai sedang berebut-rebut membeli set ayam di KFC pada tarikh ini. Ini kerana hari ini KFC sedang mengadakan promosi KFC20 sempena tarikh bertuah 20/2/20 hari ini!


Pada 20/2/20 KFC menjual 2 set Combo Snak Plate pada harga RM20 sahaja... harga ini amat murah, malah jauh lebih murah daripada harga Beli 1 Dapat 1! Memang gila kan? 

Promosi KFC20 ini sedang hangat diburu oleh golongan peminat ayam goreng yang kelaparan, terutama sekali apabila gaji belum masuk lagi sehingga Isnin depan. Untuk mendapatkan pembelian pada harga promosi pelanggan harus tunjukkan gambar banner di atas kepada staf di kaunter. Promosi ini sah selama satu hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Kredit foto: @shirleylikestocook

Ingin mendapatkan pembelian pada harga promosi KFC20? Anda harus bersabar kerana barisan beratur di kaunter amat panjang buat masa ini. Anda boleh melihat buktinya melalui foto-foto yang dimuatnaik oleh para netizen di bawah... (kredit foto: Diego Sanchez, Lim Sah Tek)


Di bawah pula video dari Facebook Hafiz Mansor menggambarkan perasaan mereka yang berjaya mendapatkan KFC promo pada hari ini setelah beratur panjang...


Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

3 Komen:

Sha Mohamed berkata...

Mujurlah sempat beli sebelum barisan menjadi sangat panjang.. hehehe

Mabel berkata...

Hari ini saya juga ada membeli KFC sempena promosinya. Promosi yang bagus akan menarik banyak pelanggan untuk membelinya, sama juga dengan perkhidmatan yang profesional seperti kontraktor ubah suai, yang juga akan memberi kesenangan kepada kita. Hubungi kami untuk maklumat lanjut!

Warisan Petani berkata...

Mereka beratur panjang untuk untung RM8.00
Wak pulak untung RM20.00 sebab tak beli.

Dikuasakan oleh Blogger.