Page Menu

Sebuah blog caca-marba yang hidup segak mati tak mau.
Blogger dia pun sekejap update sekejap jadi hantu.

Total Pageviews

Dibina oleh Ayuni Rafilah © 2014-2023 Hak Cipta Terpelihara
Dikuasakan oleh Blogger.

Trauma Membeli-Belah Di Sogo!


Kepada golongan ahli kad membeli-belah Sogo, sila berhati-hati apabila membeli barangan di kompleks tersebut terutamanya waktu Members' Day Sale. Malang betul nasib Ayuni apabila menjadi mangsa Sogo baru-baru ini.

Sebelum ini Ayuni pernah membeli beg tangan jenama mampu milik seperti Guess, F.Timber, Coach, Desigual, Polo, Giamax, Venus, Carlo Rino, Nichi dan Miss Suri untuk dipakai masa santai dan ke tempat kerja. Memandangkan Ayuni belum pernah guna beg tangan jenama Alain Delon lagi, jadi terfikir nak cuba beli satu semasa Sogo membuat sale pada bulan Januari lalu. Kebetulan ada diskaun untuk pembelian beg Alain Delon pada masa tu, jadi harganya menjadi sangat murah.


Namun begitu, walaupun harga sangat murah, kualiti beg sangat jahanam. Tengoklah, baru pakai tak sampai dua minggu dah mula nampak belangnya... 


Berapa kurun agaknya Sogo simpan barang-barang mereka dalam stor sebelum bercadang nak jual barang-barang yang dah mereput pada harga "diskaun" untuk mengaburi mata pelanggan dan pihak KPDNHEP?

Sepanjang hidup Ayuni membeli beg tangan di dalam dan luar negara, berjenama dan tidak berjenama, tidak pernahlah Ayuni temui beg tangan yang pakai tak sampai dua minggu dah terkopek sana sini. 

Salah seorang rakan juga berkongsi pengalamannya berasa tak puas hati dengan beg tangan yang dibeli olehnya di Sogo. Menurutnya, "kualiti beg tangan yang dibeli di Sogo seperti kualiti pasar malam walaupun harga dibayar beratus ringgit".

Ayuni telah pun membuat aduan secara bertulis kepada pihak pengurusan Sogo bulan lalu namun sehingga kini tiada apa-apa tindakan telah diambil oleh pihak Sogo.

Kontroversi Harga Jualan

Semasa membuat carian tentang sejarah dan latar belakang transaksi Sogo sepanjang pusat membeli-belah itu beroperasi, Ayuni mendapati ini bukan kali pertama jualan Members' Day Sale Sogo dikritik oleh orang ramai. Malah rakan blogger, Mr. Jocko, juga pernah melaporkan tentang satu kontroversi melibatkan Sogo sejak tahun 2010 lalu, berikutan laporan wartawan mStar tentang kegiatan Sogo yang meletakkan harga mencurigakan melalui jualan "murah".


Layanan Biadab

Satu lagi perkara yang Ayuni tak puas hati dengan Sogo ni semasa Members' Day Sale ialah layanan biadab oleh sesetengah staf. Semasa Ayuni sedang mencari baju kemeja di Aras 7, terdapat dua staf perempuan muda berbangsa India yang sepatutnya membantu cari saiz tak membantu langsung pun. Sebaliknya mereka berdua berdiri di tepi ceruk rak baju tanpa ingin memandang pelanggan langsung dan hanya berborak sesama mereka sendiri. Sampai terpaksa panggil-panggil mereka banyak kali untuk tanyakan saiz baju, itu pun salah seorang pandang sekejap lepas tu buat tak tahu dan sambung berborak. 

Apabila Ayuni berjaya mendapatkan perhatian salah seorang staf tersebut selepas memanggil berkali-kali selama 2-3 minit, dia tak berusaha untuk membantu langsung, sebaliknya terus berkata, "Saiz tu tak ada." Lepas tu dia sambung berborak dengan rakannya.

Ayuni mencari sendiri saiz baju yang diingini sehingga terpaksa mengorek ke bawah timbunan baju kemeja yang terlipat dalam rak. Jumpa pun saiz yang Ayuni nak. Dalam hati dah menyumpah seranah kedua-dua orang staf yang pemalas dan makan gaji buta tu.

"Ini saya jumpa ada saiz? You kata tak ada pula..."

Paling kurang ajar mereka menjawab balik begini, "Oh, itu baju kakak tak boleh muat. Sebab kakak gemuk."

Reaksi Ayuni:


Bayangkanlah yang bercakap tu kedua-duanya saiz dua kali ganda lebih besar daripada Ayuni. Sedap je hati kata orang gemuk. Diri dia jauh lagi besar daripada orang yang dia 'bodyshame' depan-depan tak sedar pula.

Oleh kerana tak puas hati, Ayuni sarungkan juga baju kemeja tersebut di depan mereka. Untuk makluman, baju tersebut ialah baju kemeja lelaki saiz XL yang Ayuni nak belikan untuk ayah. Kenapa mereka ingat Ayuni nak pakai baju tu sendiri pun tak tahulah. Bila kedua-dua staf perempuan tu tengok baju tu terletak elok pada badan Ayuni, malah masih longgar walaupun ada lagi satu pakaian di dalam, terus mereka terdiam.

Sumbat Baju

Kemudian mimpi ngeri Ayuni berterusan apabila staf perempuan Melayu di kaunter pembayaran menyumbat kesemua pakaian ke dalam beg. Tahan sabar je perasaan nak bagi flying kick pada staf tersebut yang tidak menghormati barang pembelian pelanggan. Dahlah penat-penat kita lipatkan dan luruskan baju siap-siap sebelum menuju ke kaunter pembayaran untuk memudahkan kerja dia masukkan secara elok ke dalam beg bungkusan. Tak ada orang lain yang beratur di kaunter pun pada masa tu, jadi tak tahu apa yang dikejarkannya sangat. Remuknya hati apabila melihat dia main sumbat je semua baju dalam satu tujahan sampai keronyok... 


Ingat senang nak gosok balik kesemua 20 pasang baju yang dia dah keronyokkan tu? Sedangkan kain tudung baru gosok sehelai kena duduk oleh kucing pun ada orang meroyan berminggu-minggu, inikan pula 20 pasang baju kena keronyok oleh staf cashier yang sepatutnya ada akal lebih daripada kucing!

Memang trauma dibuatnya bila membeli-belah di Sogo.

3 ulasan:

  1. no wonder lah sogo selalu buat sale. tapi peliknya masih ramai org membeli belah di sogo waktu sale.

    BalasPadam
  2. @opit Ada juga barang di Sogo yang kualitinya berbaloi dengan harga semasa sale, tetapi malangnya bukan semua.

    BalasPadam
  3. Mintak refund.

    BalasPadam