Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

PERSONAL

Pringles Mystery Flavour Kini Masuk Pasaran Malaysia! Apakah Rasanya?


Pringles kembali dengan Mystery Flavour untuk tahun 2020!

Terjumpa Pringles berwajah misteri ini ketika sedang mencari kerepek kentang untuk dinikmati sambil melayari YouTube. Nampak sungguh misteri...

Rupa-rupanya Pringles menganjurkan peraduan meneka rasa misteri kerepek kentang ini. Apakah rasanya? Sesiapa yang berjaya meneka perisa misteri akan memenangi hadiah wang tunai RM20,000!


Syarat-syarat bagi penyertaan peraduan ialah:

1. Peserta harus berumur 18 tahun ke atas.
2. Pembelian mana-mana 2 produk kerepek kentang Pringles (42g, 107g, 110g, atau 147g) dalam satu resit.
3. Layari laman rasmi www.pringles.com dan daftar sebagai pengguna akaun.
4. Muatnaik gambar resit, isi jawapan dalam borang atas talian beserta butiran maklumat, dan nyatakan misteri kegemaran anda tidak lebih daripada 25 patah perkataan.

Tempoh peraduan dari 1 Mac 2020 hingga 30 April 2020.

Penulis cuba mencari pembayang bagi mendapatkan maklumt tentang perisa misteri ini...


Menurut arahan pada label, pembayang pertama terletak dalam carian perkataan di atas label. Nampak apa-apa tak?

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

2 Komen:

Cuya berkata...

saya nampak perkataan cheesy...hehee

ejulz berkata...

Goodluck

Dikuasakan oleh Blogger.