SERAM & MISTERI

Penampakan Makhluk Di UIA Sepanjang 10 Hari Penuntut Diarah Bercuti

Penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak telah diarahkan oleh pihak pentadbiran kampus unuk bercuti selama 10 hari mulai 13 sehingga 23 Februari 2020 sebagai langkah awal pencegahan wabak koronavirus baharu atau Covid-19.


Walaupun belum ada sebarang kes berkaitan virus itu dilaporkan tetapi pihak pentadbiran membuat keputusan untuk menunda semua kelas di kampus Gombak sebagai langkah pencegahan awal.

Sepanjang penuntut bercuti, keadaan kampus kelihatan lengang namun muncul pula beberapa makhluk daripada sungai berdekatan kompleks medan selera utama universiti memperlihatkan diri mereka di situ.


Keempat-empat makhluk tersebut telah memanjat keluar daripada sungai lalu merangkak naik ke atas lantai kompleks, di mana terdapat sebilangan warga kampus yang masih belum pulang bercuti sedang menjamu selera di meja makan salah sebuah kafe.

Salah seekor daripada makhluk itu yang paling besar dikatakan cuba menyergah seorang siswi yang sedang duduk bersama sekumpulan rakannya dari belakang. Siswi yang sedang khusyuk membelek telefon pintarnya itu tidak menyedari kehadiran makhluk yang perlahan-lahan sedang merangkak ke arahnya. Namun nasibnya baik kerana terselamat apabila salah seorang rakan siswi mengejutkannya dan mereka sempat melarikan diri sebelum dijadikan lauk tengahari oleh makhluk tersebut.

Setelah gagal membuat kejutan ke atas siswi itu, makhluk tadi berpusing kembali ke arah anjung kompleks sambil diiringi oleh dua ekor makhluk lain yang bersaiz lebih kecil daripadanya.


Salah satu daripada makhluk itu segera meniarap lalu menjemurkan dirinya dengan gaya menggoda di laluan kaki hadapan sinki basuh tangan kafe.


Manakala seekor lagi pula sedang mencari ketenangan jiwa di tepi sungai tidak jauh dari situ...


Tidak lama kemudian datang seekor lagi makhluk dari sungai lalu menuju ke arah kafe. Mungkin ia telah tersesat di Bulatan Batu Caves hingga terlambat menyertai makhluk yang lain.


Tidak pasti sama ada pihak pentadbiran UIA menyedari tentang kewujudan makhluk-makhluk ini yang kelihatan bermaharajalela di kampus waktu ramai penuntut tiada. Penulis harap pihak pentadbiran akan mengambil tindakan untuk mengusir makhluk-makhluk itu daripada kawasan universiti agar tidak mengganggu ketenteraman penuntut.

Sekiranya tidak diusir, maka anugerahkanlah ijazah kehormat kepada makhluk-makhluk tersebut kerana mereka memiliki semangat yang tinggi memasuki universiti.


Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

2 Komen:

AzianKhalil berkata...

OMG...Makhluk yang sama mengejutkan saya masa jalan kaki nak tunggu bas 15 tahun lalu.... dia merangkak naik dari tasik besar depan UTM. Sama² kami terkejut masa terkejut

Pengedar Vivix Shaklee berkata...

Makhluk ni byk giler dlm UTM. Tgh jogging kt tasik terserempak.

Dikuasakan oleh Blogger.