Baru
Tunggu kejap ya... nak cari entri terbaru

INFO

Kerap Guna Gajet Buat Kulit Wajah Cepat Berkedut


Awas! Jika anda selalu menggunakan telefon pintar atau tablet untuk melayari media sosial, berbual dengan rakan di WhatsApp, memuatnaik gambar di Instagram, menggunakan aplikasi dan sebagainya, ada kemungkinan besar kulit wajah anda akan menjadi cepat berkedut.

Menurut pakar bedah kosmetik dari Britain, Dr. Mervy Patterson, penggunaan gajet seperti telefon pintar dan tablet secara kerap boleh menyebabkan kulit wajah menjadi kendur dan berkedut.

Sindrom ini dinamakan sebagai "smartphone face" (muka telefon pintar). Menariknya, kesan smartphone face tiada kaitan dengan radiasi dari telefon sebaliknya ia berpunca daripada rutin seharian pengguna telefon memandang ke bawah ketika menggunakan gajet.

Rutin seharian pengguna telefon memandang ke bawah ketika menggunakan gajet boleh menyebabkan sindrom smartphone face

Dr Kiran Lohia dari Lembaga Dermatologi Amerika melaporkan bahawa penggunaan gajet secara kerap menyebabkan kedudukan postur pengguna menjadi tidak betul. Apabila pengguna membelek gajet, mereka akan menundukkan kepala selama berjam-jam ke arah bawah. Posisi ini akan menekan otot leher pengguna, dan tarikan graviti terhadap kulit muka jadi makin meningkat.

"Kolagen menjadi berkurangan akibat sering 'ditarik' ke bawah, lalu pengguna akan cepat mengalami kulit kendur, dagu berlapis, lipatan nasolabial (garisan di tepi hidung) dan garisan di bahagian tepi rahang," katanya.


Ada yang berpendapat bahawa trend pembedahan kosmetik untuk menegangkan kulit muka serta meruncingkan dagu berpunca daripada peningkatan sindrom smartphone face ini.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

0 Komen:

Dikuasakan oleh Blogger.