Page Menu

Sebuah blog caca-marba yang hidup segak mati tak mau.
Blogger dia pun sekejap update sekejap jadi hantu.

Total Pageviews

Dibina oleh Ayuni Rafilah © 2014-2023 Hak Cipta Terpelihara
Dikuasakan oleh Blogger.

Imam Terkejut Isteri Sebenarnya Lelaki Selepas Dua Minggu Bernikah


Seorang imam digantung jawatan selepas didapati bersalah berkahwin dengan lelaki lain... tanpa pengetahuan imam itu sendiri!

Menurut akhbar Uganda Daily Monitor, imam dari Masjid Noor Kampisyi di daerah Kayunga, Sheikh Mohammed Mutumba, dikatakan telah bernikah dengan pengantin "wanita" yang dikenali sebagai Swabullah Nabukeera tanpa mengetahui jantina sebenar isterinya selama dua minggu. 

Mutumba telah membayar mas kahwin berjumlah dua ekor kambing, dua guni gula, sekotak garam serta senaskhah Al-Quran kepada Nabukeera.

Walau bagaimanapun pasangan mempelai tersebut tidak pernah bersama kerana Nabukeera memberitahu Mutumba bahawa dia sedang dalam keadaan haid.

Rahsia Nabukeera terbongkar apabila salah seorang jiran Mutumba ternampak "wanita" tersebut memanjat pagar rumah jiran mereka sambil melarikan set televisyen dan beberapa helai pakaian. Jiran terbabit segera membuat laporan di Balai Polis Kayunga.

Nabukeera segera ditahan oleh pihak polis. Semasa pemeriksaan dijalankan oleh anggota polis wanita, rahsia jantina Nabukeera terbongkar apabila didapati colinya padat berisi kain dan dia memiliki alat sulit lelaki. 


Rupa-rupanya nama sebenar Nabukeera ialah Richard Tumushabe, dan dia mengaku menyamar sebagai wanita semata-mata hendak menipu Mutumba dan melarikan hartanya. 

Seorang lagi wanita tua yang dikenali sebagai Nuuru Nabukeera, dikatakan ibu saudara kepada Swabullah Nabukeera, juga ditahan oleh pihak polis untuk siasatan lanjut. Nuuru Nabukeera berkata dia tidak pernah mengetahui bahawa anak saudaranya itu lelaki kerana hanya mengenalinya ketika dia telah dewasa.

1 ulasan:

  1. Blogwalking.. adoi la nabukeera.. hahaha

    Jemput singgah ke YouTube channel Qiya Saad Tailor dan jangan lupa subscribe ye.. tq

    https://youtu.be/mWyvV3XE41k

    BalasPadam