VIRAL

How to Spread Wuhan: Video Cara Sebarkan Wuhan Melalui Minuman Di Pasaraya Buat Netizen Marah!


Satu video yang tular di Facebook dan Instagram dikatakan telah merakam aksi seorang pemuda yang membuka dan meminum beberapa botol air di sebuah pasaraya sebelum meletakkannya semula ke rak dengan selamba. Video tersebut mempunyai kapsyen yang bertulis "how to spread wuhan".

Kejadian membabitkan dua orang pemuda tersebut dikatakan berlaku di sebuah pasaraya milik NTUC Fairprice di Singapura. 

Menurut akhbar The Star, NTUC Fairprice menggesa orang ramai agar tidak menyebarkan video yang mengandungi aksi kontroversi tersebut kerana bimbang akan mengundang ketakutan di kalangan masyarakat.

Video tersebut membuat ramai netizen menjadi marah kerana mempunyai unsur tidak sensitif terhadap kebimbangan global mengenai wabak Corona virus yang kini dilaporkan telah menjangkiti lebih kurang 45,000 individu dan meragut 1,118 nyawa di seluruh dunia.

Kedua-dua pemuda dalam rakaman video itu dikatakan telah membuat permohonan maaf secara terbuka di media sosial, serta mengaku bahawa mereka "telah melakukan tindakan yang bodoh dan demi kepentingan diri mereka sendiri". Mereka juga mengatakan aksi dalam video itu hanya gurauan semata-mata, serta air botol yang dibuka dan diminum itu telah pun dibayar oleh mereka.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

1 Komen:

Ibu Syurga berkata...

Assalamualaikum Sis Yun Fila, jemput sertai give away dengan hadiah tunai RM1000 oleh Mamapipie & Friends.

Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)
1 x RM200

Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)
2 x RM100

Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)
14 x RM50

Penyertaan sangat mudah & tarikh tutup giveaway pada 29 Feb 2020. Klik sini sekarang untuk sertai.

Dikuasakan oleh Blogger.