LIFESTYLE

Aiskrim Mochi Durian Walls Dah Ada Di 7-Eleven!


Sedap juga aiskrim mochi durian keluaran Wall's ni... gabungan mochi Jepun dengan 100% pati durian ni memang menarik sungguh dan boleh dikatakan mampu menandingi nikmat rasa crepe durian.

Penulis berpeluang menemui aiskrim ini di kiosk 7-Eleven terdekat dan untungnya bila dapat tahu aiskrim ini baru sahaja dimasukkan dalam stok peti sejuk.


Setiap biji mochi durian ni harganya RM3, jadi penulis beli 2 biji.


Tujuan penulis beli 2 biji sebab nak bandingkan rasa mochi durian ini semasa ia masih beku dan semasa ia dinyahbeku selama beberapa minit.


Semasa masih beku, tekstur mochi durian kelihatan sangat cantik dan tepungnya terletak elok di atas permukaan tepung pulut mochi. Isi pati durian di dalamnya mudah digigit seperti ice lolly.


Penulis membiarkan sebiji lagi mochi durian tidak dibuka selama 10 minit. Bila dibuka bungkusannya, mochi menjadi lebih lembut dan teksturnya hampir cair... namun isi pati durian di dalamnya lebih syok dimakan sebab rasanya seperti makan durian asli!

Untuk peminat aiskrim yang ingin merasa aiskrim mochi durian ni, ia boleh ditemui di semua kiosk 7-Eleven pada harga RM3 sebiji. Namun aiskrim ini hanya dijual di Semenanjung Malaysia, tiada di Sabah dan Sarawak.

Amat direkemen kepada peminat durian, tetapi disarankan tidak membeli aiskrim mochi durian ini jika anda mengalami alahan terhadap gluten dan laktosa kerana bahan aiskrim mochi durian ini mengandungi gandum dan susu.

Tentang YunFila

Seekor kentang gemuk bertopi. Meminati kucing, teknologi, steampunk, membeli-belah secara online, melayari YouTube serta mengumpul topi. Juga memiliki obsesi terhadap kentang pink pada tahap yang membimbangkan.

5 Komen:

apekinahdotcom berkata...

Tak cuba lagi aiskrim ni. Nanti nak cuba la

ezy.xixii berkata...

nk kena try jgk ni!

Awanama berkata...

Salam. Sis beli aiskrim ni kat area mana ye? Try cari kat Seven E, tp tak jumpa.

YunFila berkata...

@Tanpa Nama
Ada dijual di 7-Eleven, tetapi cepat habis. Rasanya kalau cari di 7-Eleven di kawasan luar bandar mungkin senang jumpa... yang ini saya beli di Kuantan.

Awanama berkata...

Kuantan area mana ?

Dikuasakan oleh Blogger.